Thursday, September 25, 2014

Pasar Kemboja Pendang, Kedah.

Assalamualaikum & hai semua. Ramai yang bertanyakan mengenai Bazaar Kemboja Pendang atau lebih dikenali sebagai PASAR KEMBOJA PENDANG . Masing-masing teruja sebab Pasar Kemboja dah berada lebih dekat di kawasan masing-masing. Nak ke lokasi asal jauh. Tambah-tambah yang berada nun di utara Tanah Air. So, ini peluang untuk anda yang suka shopping untuk terjah ke Pasar Kemboja di Pendang.

Apa yang ada di Pasar Kemboja Pendang? 
Bila Pasar Kemboja Pendang beroperasi?
Kat mana Pasar Kemboja Pendang?
Macam mana nak ke Pasar Kemboja Pendang ?


Macam-macam soalan yang DS dapat. 1 husband 5 Wife menerjah ruangan komen di FB Diyana Sakura. Gara-gara meng'upload' gambar dibawah di FB. Ok lah semua. Stay tune..

Pasar Kemboja Pendang

Setiap hari Jumaat
7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.


Pasar Kemboja Pendang

Pasar Kemboja telah memulakan operasinya di Pendang buat pertama kalinya pada Jumaat lepas 19 September 2014. Bertempat di Tapak Pekan Sabtu Pendang. Poster telah diletakkan dibeberapa kawasan strategik. Beruntungnya komuniti di Pendang. DS sebagai komuniti di Pendang turut berasa bertuah. 

Bersebelahan dengan :-
  1. Pendang Lake Resort (dari Pasar Kemboja Pendang anda boleh nampak Pendang Lake Resort)
  2. Stesen Bas Pendang (antara laluan utama untuk ke Pasar Kemboja )

Poster Pasar Kemboja Pendang.

Pasar Kemboja Pendang menawarkan pelbagai pilihan busana wanita. Tengok ni. Lawa kan skirt nih. Ada lace di bahagian tengah skirt. Walaupun DS bukan peminat skirt tapi dah terbeli jugak sehelai. Skirt seperti ini dijual dengan harga RM20 shj sehelai. Tauke kedai ni cakap promosi sempena hari pertama di Pasar Kemboja Pendang.

Skirt bersama lace. Sweet gituuu.

Menariknya di Pasar Kemboja Pendang selain menjual pakaian wanita, terdapat juga penjual yang menjual lukisan tanpa warna "painting by number". Apakah lukisan tanpa warna. Begini, lukisan ini telah dilukis terlebih dahulu dan dimasukkan kod warna yang perlu digunakan. Kod ditulis menggunakan pensil supaya tidak mempengaruhi warna lukisan (rasanya lah hihi). DS dan adik terhenti di gerai ini setelah terlihat lukisan Totoro. Totoro adalah sebuah animasi keluaran Studio Ghibli. Antara animasi Jepun yang diminati oleh DS dan famili. Ok. Sambung ke tajuk asal Pasar Kemboja Pendang.

Totoro. Its 'painting by number'
Di Pasar Kemboja Pendang banyak dijual baju blaus dan baju yang labuh (paras lutut). Busana Muslimah juga turut dijual disini dengan harga yang berpatutan.


Blaus labuh dan murah.

Selendang dan berjenis-jenis tudung dengan pelbagai fesyen yang terkini turut dijual disini.

Shawl warna-warni.
Suasana disini agak panas menjelang tengah hari. DS sarankan anda bawa payung terutama yang membawa anak-anak kecil. Sediakan juga air kosong bagi mengelakkan hidrasi.

Kaum lelaki pun datang juga kesini.

Setelah penat berjalan di Pasar Kemboja Pendang DS dan adik-adik makan roti canai di gerai berhadapan Stesen Bas Pendang. Air. Semestinya air kosong. DS bertekad utk kurangkan pengambilan gula putih dalam minuman seharian. DS dan kawan-kawan mencabar diri untuk hidup tanpa gula selama 14 hari. Baru seminggu lebih so far so good. 

Sebelum kesini DS dah ambil beberapa suplemen sebagai persiapan untuk marathon menerjah Pasar Kemboja Pendang. Semestinya suplemen keluaran Shaklee ♥ ♥ Ianya selamat, berkesan dan semulajadi.

sweet_enough_sugar_challenge

Info tambahan : Pasar Kemboja Pendang dianjurkan oleh Koperasi Bumi Bakti Kedah Berhad dengan kerjasam Gerakan Belia 4B(M) Pendang. Boleh like & follow mereka di FB Bazaar Melayu Kemboja



Ok lah semua. Thanks for reading ya. Selamat bershopping di Pasar Kemboja Pendang. Lusa (Sabtu 27/9/14) DS berserta adik-adik dan mama akan menerjah Pasar Kemboja Parit Buntar pula.

Monday, September 8, 2014

[ TIPS : Face Scrub / skrub wajah dengan Alfafa Complex]

Muluskan wajahmu dengan VITAMIN !!


Hari ini DS nak share tips buat scrub wajah dengan menggunakan Alfafa Complex.
Sebelum ni DS dah kongsikan tips masker ESP dan VIVIX memang seronok lah. Yang dah try mesti suka kan. Produk Shaklee ni rupanya bukan utk dimakan sahaja. Untuk kegunaan luar pun boleh juga rupanya.

Inilah istimewanya produk-produk Shaklee. Multi-purpose. DS dapat tips ni semua dari rakan-arakan SID juga. Bila dah try kan, wallaa.. 

Lepas skrub kan DS dapat efek nih --> Halussss.. I'm loving it!!
DS akan ceritakan step buat skrub ni dalam bahasa Inggeris. Special for all bloggers yang kurang memahami Bahasa Melayu.

Especially for all my new friends at Shaklee Live. 

Yang memahami Bahasa Melayu boleh rujuk gambar okeh :) Yang lain-lain DS akan tulis dalam Bahasa Melayu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Here goes step by step for natural, healthy & effective facial scrub using Shaklee products.

  1. Apparatus / pill crusher.
  2. Alfafa Complex by Shaklee.
  3. Fill in 1 nos Alfafa Complex into pill crusher.
  4. Crush them (without water) until you get smooth & dusty texture.
  5. Wet your face with water and apply Alfafa powder to your face. Rub evenly on the face. Rinse the scrub off your face. Make sure you get it all off, when you rinse all of it off, your skin will feel very smooth and soft !!
Thats all !! Its simple & easy peasy.

Tips :

  1. Keep the facial scrub near your shower or tub. By keeping it there, you won't forget to use it, and in doing so, you will maintain your glow.
  2. Make sure that only use the facial scrub once a week. If you use it everyday, you will damage your skin, which will make it dry and dull - it's definitely a bad idea if you have extremely sensitive skin.
  3. Massage your skin with the facial scrub. Take a dab of the scrub and massage it all over your face, neck and cleavage. Don't rub it in too hard, and avoid getting the scrub on the area around your eyes. 
  • The areas that you can scrub a little harder are: your forehead, nose and chin.
  • Be careful when rubbing the scrub on your cleavage, as the skin there is very delicate.



Facial Scrub by Diyana Sakura.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Alfafa Complex?

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Alfafa Complex By Shaklee.

Rujukan / References :

  1. Shaklee Malaysia
  2. www.wikihow.com


   Terima kasih kerana sudi membaca / Thanks for reading !!