Friday, April 10, 2015

Ayam panggang rosemary.

Assalamualaikum & salam jumaat semua. Dah lama beli pokok rosemary ni. DS terjumpa di Pekan Nat Kelang Kecik, Pendang. Orang Pendang, ceq nak habaq nih, herba inggeris pun ada tang pekan nat nih. Haha. Rare okeh!

DS beli RM10 sepasu. Memang ada sepasu ni shj. So, DS pun beli sebab dah lama cari. Sampai Cameron Highland pun cari tak jumpa pokok nih. Susah betul nak cari. Skali ada di tempat sendiri daaa. Tapi ada satu masalah kecil, tak tahu nak guna macam mana. Lol. Almaklumlah herba Inggeris. Kalau bagi serai, lengkuas, kunyit retilah DS guna. Hihi.

Resipi ayam panggang mudah dgn rosemary
Pokok Rosemary.

Tup tup ternampak daun rosemary ni dalam sos black pepper. Dorang masukan dalam sos black pepper dan juga ayam panggang. Sedap sangat!! Balik rumah terus cuba sendiri daun rosemary tu. Buat ujian rasa skit. Gigit gigit daun tuh rasa sendiri. Mak ai, mcm pedas-pedas sikit. Rasa ala-ala mint pun yer jugak tapi dengan rasa lemon.

Ok dah tau dah nak masak apa. Maka tercetuslah idea pertama.. Jeng jeng. Ayam Panggang Rosemary. Yayyy. DS masak ringkas shj. Apapun mmg sedap resipi nih (lol puji diri sendiri, sila jgn muntah hijau).

Anyway, sebelum DS terlupa resipi ayam panggang nih baik tempek resipi cetusan idea DS ni siap-siap kat sini. Utk rujukan masa depan. Ok semua, boleh rujuk resipi kat foto bawah ni. 


Resepi Ayam Panggang Rosemary.


Senang & ringkas kan kan. Next time nak cuba add on bawang putih sikit. Makan dengan pasta mesti sedap ayam nih. Yum yum. Ok semua. Selamat mencuba. Have a nice jumaah! Assalamualaikum.

HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

Saturday, April 4, 2015

Adik ku & migrain. Sakitnya tuh bukan disini!

[ MIGRAINE & INFLAMMATION ]


Balik dari Pasar Kemboja semalam salah seorang adik DS telah terkena serangan MIGRAIN. Ya Allah. Sakit tuh bukan disini . Tapi di merata-rata. Sebagai salah seorang bekas penghidap migrain DS selalu jawab macam ni bila ditanya tentang kesakitan migrain

"tak ingat dah la sakit tuh camna". 

Haha. Padahal DS nak clear off ingatan yang menyakitkan dan ngeri tuh. Berbalik pada kisah adik DS, bila mama bagitahu 'adik migrain' dalam minda DS memang automatik keluar & terbayang word ni shj.

INFLAMMATION

Inflammation tuh apa? Kalau korang google rata-rata akan bagitahu inflammation = keradangan. Atau bahasa paling mudah nak paham bengkak lah kot. Dulu DS memang tak paham sangat maksud perkataan inflammation nih. Sejak dua menjak nih semakin tahu sikit-sikit. Tu pun sebab pergi ke kelas nutrisi. Kalo dak memang sampai ke sudah ler teman tak paham. Hihi. Apsal keluor bahase Perak lak ni. Ok satu benda asas yang korang WAJIB paham adalah bagaimana migrain nih bekerja dalam badan manusia.
Here is the simplest version of how migraines work. The brainstem stimulates nerves causing brain inflammation. This brain inflammation irritates local nerves that feed back into the brainstem, continuing and worsening the process.
Terjemahan : Di sini adalah versi yang paling mudah bagaimana migrain bekerja . Batang otak merangsang saraf menyebabkan keradangan otak . Keradangan otak ini mengganggu saraf tempatan yang diterapkan ke dalam batang otak , berterusan dan semakin teruk proses.

The second word after inflammation is  ➳ Vivix

migrain & shaklee
Vivix.


At first memang nak bagi ubat anti-migrain pada adik. Memang ada simpan utk kes-kes kecemasan. Doktor pun ada advise utk simpan betul-betul ubat anti-migrain tu. Ni nama ubat tu utk rujukan korang  ➳ Vasograin. Tapi ada satu masalah kecik. Sangat kecik. Sampaikan DS cari satu rumah tak jumpa. Haha. Si adik tengah bertarung dengan kesakitan tuh. Si kakak ni pulak macam-macam!! Aiyoo. Dah letak kat mana pulak ubat ni.

Vasograin.


Masa itu emas. Terus masuk dapur. Buka peti ais dan ambil Vivix. Pegang botol sambil teringat lagi perkataan inflammation. Vivix nih memang ada karektor yang boleh bantu kurangkan inflammation. DS bagi sesudu kecil pada adik yang tengah terlantar kesakitan. Ikhtiar untuk adik ku. Tiba-tiba kan.. Tertumpah pulak Vivix. Tapi sikit jerlah. Sebab Vivix ni pekat. Sorry adik. My bad.

Oh ya. Sebelum terlupa, individu yg migrain ni sensitif dengan cahaya. Sebolehnya bagi dorang duduk tempat yang kurang cahaya. Juga perlahankan volume korang bila bercakap dengan orang yang tengah migrain.

Dalam pukul 3 petang DS kejutkan adik untuk makan. Mama masak moi. DS pulak masak koteow tom yam. Caah pulak masak kangkung goreng belacan. Saja jer highlight koteow tom yam pada adik. Sebab tu antara fav food adik. Dengan harapan adik ada selera nak makan. DS tunggu utk beberapa saat. Dannnn.. Adik hulurkan tangan. Paham dah. Hulur tangan tuh petanda dier nak minta tolong utk bangun. Bagus-bagus petanda adik dah sihat kah?

Tak sampai 30 minit adik dah siap mandi dan jamah moi mama + kangkung goreng belacan masakan Caah tengah hari tadi.  Alhamdulillah. Adik dah ok lah. Yayy. Kakak mu ini sangat happy. Lepas asar adik outing dengan member beliau. Sebelum keluar memang dapat ceramah free dari baba & mama.

Hati-hati adik.
Jangan drive yer.
Jadi passenger jer yer dik.

Macam-macam pesanan dari baba & mama untuk adik. By the way, post-migrain sindrom pun kena alert juga untuk penghidap migrain. Kadang nampak macam dorang dah ok. Tu luaran jer. Dalaman dorang sangat fragile. Ada juga sesetengah penghidap migrain yang alami trauma dan stress level yang tinggi akibat migrain. Ada ahli keluarga korang yang macm ni tak? DS doakan agar semua penghidap migrain dapat lepaskan diri dari belengku migrain. DS dah berjaya taw. Tapi sebelum tuh DS belum kenal Shaklee lagi. DS buat kajian sendiri dan banyakkan bacaan. InshaAllah DS akan kongsikan apa yang DS buat untuk hilangkan migrain yang dah terbelengku dari DS darjah 6. InshaAllah. Doakan yer.

migrain & Shaklee
Baca point no 2. Bagus untuk migrain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan biarkan diri & kehidupan anda terjejas akibat migrain. Last but not least. Keep smiling & shining.

Moi = bubur nasi

HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

5 perkara anda perlu tahu tentang Healing crisis @ krisis penyembuhan.

Assalamualaikum & hai semua. Hari ini DS nak story sikit pasal >Healing Crisis< aka krisis penyembuhan. Ada 5 perkara yang anda perlu tahu apabila anda mengambil sebarang suplemen atau produk yang bersumberkan bahan-bahan yang semulajadi.

Sumber : Google


Sebelum tu DS kongsikan sedikit ilmu dari buku ni (rujuk foto di bawah)

Healing crisis is a product of natural law. It comes only when you do a thing that promotes good health. The body was programmed to function in harmony with the law of nature to maintain optimal.

Krisis penyembuhan adalah "product of natural law" . Ia terjadi hanya apabila anda melakukan perkara-perkara yang menjurus ke arah kesihatan yang baik . Badan telah diprogramkan untuk berfungsi secara harmoni dengan "product of natural law" untuk mengekalkan tahap yang optimum.

Natural Healing Crisis
Sumber : Google

5 perkara yang anda perlu tahu bila anda amalkan produk-produk yang berasaskan sumber semulajadi!
  1. Anda akan merasa lebih sakit di permulaan & LEBIH SIHAT di penghujung proses.
  2. Healing crisis yang lama adalah petanda tubuh anda lemah
  3. Proses ini adalah proses untuk memulihkan diri anda dari toksin yang telah lama menghuni di dalam tubuh badan anda.
  4. Minum air bersih & bermineral dengan secukupnya.
  5. Tempoh 'healing crisis' secara umumnya ; 30 - 90 hari


80% cust DS mengalami "Healing Crisis". Manakala 20% lagi tidak mengalami sebarang krisis penyembuhan. Golongan minoriti ini mungkin telah sedia sihat atau telah bersedia untuk menerima suplemen dari jenis semualajadi. Bagi yang mengalami healing crisis, berjumpalah atau berhubung semula dengan SID pilihan anda.

Ok lah. Happy reading & enjoy your day. Readers, tolong doakan supaya DS dapat cari buku The Healing Crisis tu yer. Terima Kasih. Assalamualaikum.

HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.