Sunday, May 31, 2015

#YES.. Dah tahun ke - 100. Multivitamin Shaklee : Vita-Lea


Multivitamin Shaklee 100 tahun
Sejak 1915

Assalamualaikum semua. DS doakan semuanya sihat-sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah. Tahun ini adalah merupakan tahun yang ke 100 bagi multivitamin yang tertua didunia. Jom sama-sama jerit WOW. Untung ker untung? Best ker best?

Dahulu dikenali sebagai Vitalized Minerals. Hasil ciptaan yang berusia 100 tahun ini telah dibangunkan oleh Dr. Forrest C Shaklee. Untuk info semua beliau pernah di uji dengan masalah kesihatan semasa kecil. Apa yang telah terjadi kepada beliau semasa kecil adalah antara pencetus kepada inovasi beliau : Vitalized Minerals.

100 tahun dah usianya Vitamin Shaklee nih.

Bagi DS beliau merupakan seorang insan yang mendahului zamannya. Agak-agak kalau kita sakit boleh tak kita cipta sesuatu untuk kegunaan sehingga 100 tahun. Ermm (sambil garu dagu). Pernah di diagnos untuk hidup sehingga umur 8 tahun shj ketika beliau masih kecil. Gara-gara penyakit tuberculosis (batuk kering) yang dihidapinya beliau sering menghabiskan masa dengan berehat dan memerhatikan alam semulajadi. Kiranya beliau ni lebih gemar bersatu dengan alam daripada bermain dengan rakan sebaya.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Multivitamin Shaklee 100 tahun


Sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Haaa. Nak tahu tak? Kan doktor pernah ramalkan beliau akan hidup sehingga berumur 8 tahun shj kan. Tahun demi tahun pun berlalu. Beliau telah meningkat remaja dan ramalan doktor sebelum ini adalah sedikit tersasar. Malahan doktor beliau berpuas hati dengan tahap kesihatan beliau. Penyakit tuberculosis beliau pula adalah terkawal. Namun tahap kesihatan beliau masih tidak memuaskan dan tidak secergas remaja lain yang seusia dengannya.

1921 ketika berusia lewat 20-an beliau sekali lagi uji. Doktor telah mengesahkan beliau menghidap kanser. Beliau kemudiannya melawan kanser dengan kaedah SEMULAJADI. Sayur-sayuran, buah-buahan segar serta suplemen dengan kuantiti yang tinggi menjadi alternatif beliau. Penghujung tahun 1922 kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan beliau semakin pulih melalui rawatan intensif berasaskan nutrisi. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Multivitamin Shaklee 100 tahun
Lagi kisah di artikel ini.

Hasil inovasi yang berusia 100 tahun oleh Dr. Forrest C. Shaklee telah membantu ramai insan-insan yang inginkan kehidupan yang lebih baik. Semoga lebih ramai mendapat manfaat dan lebih sihat dengan amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul & tepat untuk keperluan tubuh. Termasuklah diri DS & insan-insan tersayang.

DS dapat mesej dari Shaklee Malaysia berkaitan ULANG TAHUN KE 100. Jadi, nak kongsikan dengan semua.

We are celebrating 100 years of the development vitalized minerals by Dr. Forest C Shaklee in 1915. Shaklee Malaysia is sharing the gift of health with all new enrollees.

Valid for May - October 2015

Lets celebrate together.

Multivitamin Shaklee 100 tahun



HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 WA, Telegram, Sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

Wednesday, May 20, 2015

Bakit.. Cik ooo... Bakit.

Oleh : Syed Mahadzir

cik... ooo cik...

bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...
jangan lali dok kena ulek...
jangan dema balas isi...
mu hanaih kulit...

cik...
laa zaman medeka...
banyakkkk keja kita...
nak isi wawasan negara...
jiwa kena besar...
usaha kena berlipat ganda...

cik...
kalu mu dok ralik...
mengeliat dalam kain sentong...
telor sebutir riuh sekapong...
harap hebat puko gong...
bunyi anzamat berghelong-ghelong...
sapey kiamat tak boleh untong...
tak lamat tergadai kapong...
bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...

cik...
dadah... ganja.. marijuana... sebok ektasi... keton...
jangan dok tebeng...
badan merana...
burok...
pucat lesi...
busok kong...
kuruh keng...
jadi bakey bernyawa...
seduit... tak berguna...
kot kalu pon e'gheng...
jangan dok salah sapa...
mu yang jeleng...
bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...

cik...
cara mat rempit jangan dok tighu...
taya dua angket jadi satu...
di hamat leh traffic lari berchagu...
dok cari penyakit nak masok ICU...
jatoh parek berjabuh lemu...
habih mak pak bercelaghu...
bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...

cik...
bangsa kita bukan gheleng...
tapi kalu mu dok buat lekeh...
habih gheta mu kena sembelih...
di londeh tinggai segheley...
bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...

cik...
kalu nak tinggi martabat diri...
ngaji tinggi-tinggi sapey universiti...
thu teknologi thu ICT...
segala ilmu dihujong jari...
thu siasah jaga diri...
baghu lah mu disanjong dipuji...
jadilah diri bangsa terbilang...
baghu tak beghani buli dik orang...
klu hidop kita terbilang...
baghu diri tak ghasa terbuang...
bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...

cik...
adat susila budaya kita...
budi bahasa kena jaga...
beradat beralong adat orang tua...
taat kat guru jangan dehaka...
baghu hidop aman bahgia...

cik...
jangan dok tighu budaya tak sehat...
habih bercelaghu kecewa masyarakat...
kachan pakai baju dok napak pusat...
sluaq ketat, ghat, botok, bulat...
kukkik kukkki suksik suksik lam gelab...
lupa diri lupa akhirat...
tup tup... haaa...
perut koi sarat koi bulat...
hat jantan bek batat...
tinggai la cik dok menanggong akibat...
mak pak tak torah nak buat...
taktau ubat kelat...
bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...

cik...
nak boleh medeka bukan mudah...
meleleh a mata... tubit darah...
bergadai nyawa herta punah...
berkecey tulang didalam tanah...

cik...
bumi merdeka ni kena jaga...
ni... lah pusaka hat kita ada...
klu cik dok buat tak saday ja...
chey takot satu masa...
pakat terbeliak biji mata...
baghu nak berteriak pacak kepala...
kachan nyesey tak jadi apa...

bakit... cik ooo bakit...

jangan ralik...
jangan lali dok kena ulek...
jangan dema balas isi...
mu hanaih kulik...
ingat cik...
ingat pesan chey...
ingat cik dey...

________________________________________________________________

Dah lama DS cari sajak ni. Dulu selalu dengar di Radio Kedah. Tapi tak tahu siapa yang deklamasikan sajak ni dan juga penulis sajak bakit oo bakit.. Tertanya-tanya juga apa tajuk sebenar sajak ni. DS google dan jumpa sajak ni di blog bro nih terataksenjaku. Lepas tu google di youtube. Alhamdulillah. Ada yang upload video. Klik SINI.

Jadi, DS simpan disini supaya senang nak cari dan perkongsian untuk tatapan bersama.  Terima kasih yer blogger.com merealisaikan impian-impian blogger untuk coretkan kisah-kisah penting dan benda-benda yang bernilai tinggi macam sajak ni.

Oh ya, sajak ni dalam loghat Kedah. Menggunakan bahasa hulu. Sesapa yang berasal dari Sik, Kuala Nerang dan Baling pasti paham 100% dengan sajak ni. Juga sekalung Al-Fatihah untuk penulis sajak ini. Dari beberapa sumber blogger yang lain beliau telah pergi menemui sang pencipta pada 2011.

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama.


HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.