Monday, March 14, 2016

5 tip tangani krisis dengan bijak.

Assalamualaikum & hai semua. Lamanya DS tidak menulis disini. Alhamdulillah malam ini diberi kesempatan untuk menulis.

Malam ini DS nak kongsikan beberapa tips. Kisahnya bermula siang tadi. Salah seorang sahabat DS yang sedang menghadapi krisis kehidupan meminta nasihat dan pandangan. Auww rasa macam motivator plak. Beliau minta pandangan DS tentang krisis kehidupan yang sedang dihidapinya. Jadi DS kongsikan beberapa tips. Semoga bermanfaat untuk semua.

Bagaimana menangani krisis dengan bijak.

1. Fokus pada penyelesaian.
Tarik nafas sedalamnya dan beri ruang pada diri sendiri untuk berfikir. Bila anda lebih tenang maka anda dapat memberikan ruang pada diri untuk berfikir. Berfikirlah sedalamnya untuk sebuah penyelesaian.

2. Jangan lari dari krisis.
Sebaiknya hadapilah krisis walau seteruk dan seperit mana pun. Yakinlah yang krisis itu hadir dengan hikmah yang tersendiri. Anda mungkin bakal bertarung dengan masa utk memahami hikmahnya. Sabar dan keep on moving.

3. Fahami kenapa krisis itu berlaku.
Apabila berlaku krisis kebanyakkan dari kita lebih tertumpu kepada mencari kesalahan dan kadangkala kebaikkan. Apakata ubah kebiasaan ini dengan memahami dahulu kenapa atau apakah pencetus krisis itu sendiri. Jika anda adalah individu yang mencetuskan krisis mohon maaf pada pihak yang satu lagi. Jika anda tidak bersalah sekalipun tiada salahnya memohon maaf. Jangan keruhkan keadaan.

4. Berdiam diri lebih baik.
Dalam sesebuah krisis akan wujud sebuah gelombang yang sangat dasyat. Dengan teknologi yang serba canggih  juga banyak benda yang bakal tersebar dengan pantas. Elakkan diri dari menulis hal-hal berkaitan krisis anda di laman maya. Jaga adab dan respek pada diri sendiri. Anda pasti tidak mahu menambahkan ladang dosa bukan. Sekali lagi sabar dan keep on moving.

5. Perbanyakkan berdoa & berfikiran positif.
Bagi individu muslim, anda boleh perbanyakkan istigfar dan bersedekah Al-fatihah kepada pihak yang lagi satu. Ingat. Al-fatihah bukan utk disedekahkan kepada kepada orang mati sahaja.

Sekian dulu untuk malam ini. DS doakan apa sahaja krisis anda tanganilah dengan berhemah. Sekali lagi pesan DS "sabar & keep on moving". Doakan juga agar DS berjaya di tempat baru. Terima kasih.

💗💗
Diyana Mohamed.
9.24pm 14 Mac 2016
Sungai Petani, Kedah.