Saturday, June 4, 2016

Selamat tinggal TDM [part 1]

Assalamualaikum. Rasanya belum terlewat untuk DS kongsikan cerita kehidupan yang penuh dengan warna-warni. Coretan kehidupan di rumah sewa lama. Happy reading everyone.
__________________________

Selepas kerja aku bergegas singgah rumah sewa lama. Ambil saki baki barang-barang. Sebab dah janji dengan insan yang lead umah tu.

Sekarang, hanya tinggal kenangan. Bermula esok tiada lagi bayaran Astro yang asyik membelenggu aku dan sepupu. Tiada lagi perjanjian yang tidak beretika oleh seseorang. Tiada lagi keraguan akibat tempat letak kereta yang agak jauh dari rumah. Bab parking ni agak tragik sebab minggu terakhir kereta housemate aku hilang. Tiada lagi bilik yang ber 'ventilation-kan' bilik air. Tiada lagi suara anjing yang menyalak tak kira masa (kdg kesian pun ada kat dia, sbb dia duk tang tu ja, owner x bawak pi jalan2 pun). Juga ayam belanda dan ayam2 yg berkokok tak kira masa. Kadang rasa macam duduk sebelah zoo pun iya jugak. Dan bermacam-macam lagi kisah dan ceritera. Kalau tulih sini boleh jadi novel kot. Haha.

Sebelum balik ke tempat baru, aku sempat singgah menyembang dengan makcik-makcik dan pakcik di rumah berdekatan. Bagitaw yang aku dah last hari ni. Dan tentunya untuk mengucapkan terima kasih atas perhatian mereka sepanjang aku berada di lorong tersebut. Juga sebagai sambungan ukhuwah, aku hulurkan bisnes kad Shaklee aku. Kot depa rindu bolehlah call aku. Hihi.

And now. Time to change. Past is past. Move on with new house, new life, new environment, new neighborhood. And Alhamdulillah a better place and for sure a new adventure for me. Last but not least, its not what you eat. But.. what eat you inside. Paham ker? Hihi.
.
Diyana Sakura
31 May 2016
Taman Desa Meranti,
Sungai Petani, Kedah.