Saturday, October 1, 2016

Pasar Kemboja Pendang, Kedah 2016

Assalamualaikum & hai semua. Pastinya ramai yang tertanya-tanya mana hilangnya jejak-jejak DS di Alam Maya. Tak hilang kemana pun. Cuma sibuk dengan kerja sahaja, Alhamdulillah masih diberi lagi kesempatan untuk menulis blog yang dah lama bersawang.

Semalam DS berpeluang ke Pasar Kemboja Pendang. Jadi DS ada mengambil sedikit gambar untuk ditunjukkan kepada semua pembaca. Hopefully korang semua suka yer. Terutama buat korang yang jauh tu. Oh ya, lokasinya Pasar Kemboja Pendang ni masih sama taw. Boleh rujuk DI SINI.

Tadaa. 1st picture utk tatapan korang. Ni design terbaru. DS sembang-sembang dengan owner kedai ni. Sebab kebanyakkan design beliau agak cantik dan menepati citarasa DS. Sembang punya sembang last-last beliau minta no hp. Sebab DS ada kongsikan beberapa info berguna untuk beliau. Ewahh. Dah macam "informer" pula kan. Biasalah kan orang bisnes ni. Info-info berkaitan pasaran setempat dan hal-hal berkaitan "customer behaviour". Disebabkan banyak design yang memukau pandangan mata maka DS pun belek-belek dan test. Nasib baik owner tu tak marah. Mana tak nya. Belek dekat sejam tapi tak beli pun. Sambil-sambil bertukar pandangan dan info bisnes. Sempat juga DS berikan beliau kad bisnes DS.  

tudung bawal
Cantik tak tudung bawal ni?

Di Pasar Kemboja Pendang ni ada banyak peniaga yang menjual kain pasang atau sesetengah orang pangil kain ela. Design pun lawa-lawa dan semestinya denga harga yang kebabom meletops. Design awan larat, design ala-ala batik, design ala-ala geometri. Alahai macam-macam hado dik.

pasar kemboja pendang
Kain Pasang / Kain Ela


Ada juga yang menjual baju yang telah siap dijahit. Macam ni ha.

pasar kemboja pendang
Sweet kan gabungan warna pink & kelabu ni.

Buat penggemar jubah pun ada banyak pilihan. Kalau korang rajin berjalan dan 'tour' Pasar Kemboja Pendang ni, korang boleh dapat jubah, kain pasang dan baju kurung yang sama design dan kaler. Itupun kalau korang memang mempunyai kekuatan untuk marathon lah kan. Wah wah ada yang dah tercabar tu.

pasar kemboja pendang
Jubah.

Pasar Kemboja Pendang juga ada menjual kain sembahyang pasang siap (ready made) dengan harga yang mampu milik. Dengan pelbagai pilihan kain dan design.

pasar kemboja pendang
Kain sembahyang dengan pelbagai pilihan.

 

Dan bermacam-macam lagi.

pasar kemboja pendang
Skirt dengan pelbagai corak.


pasar kemboja pendang
Baju kurung ready made.



pasar kemboja pendang
Baju kurung ready made dengan design dokoh.


pasar kemboja pendang
Pelbagai pilihan jubah viscose.


pasar kemboja pendang
Kain pasang / Kain ela dari fabrik jenis cotton.


pasar kemboja pendang
Gandingkan dengan cardigan pun ok ni.


pasar kemboja pendang
Ini pun spesis tudung bawal juga.

 
Opss. DS lupa lah nak ceritakan kisah kad yang DS bagi pada owner gerai tudung bawal tadi. Kad apa yang DS bagi pada beliau? Korang yang selalu beli produk-produk Shaklee dengan DS mesti dah tau kan. Tepat skali. DS bagi bisnes kad Shaklee lah. 

Akhir sekali sebelum balik DS singgah membeli taufu fah dan juga air soya. Ok semua. Terima kasih sudi singah blog DS. Semoga sentiasa Cantik, Sihat & Segar. Assalamualaikum & have a good day ahead. Nah DS jamu korang semua dengan pic Taufu-fah.


pasar kemboja pendang
Taufu-fah.