Showing posts with label Sensitive skin. Show all posts
Showing posts with label Sensitive skin. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Sabun basuh baju Shaklee (Fresh Laundry Concentrate)

Assalamualaikum & hai semua.

Pagi ini DS nak share mengenai sabun basuh baju Shaklee. Yer betul. Sabun basuh baju Shaklee yang selamat untuk cuci baju baby tu. Juga selamat untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Alhamdulillah. Minggu lepas DS dah buka bungkusan baru (rujuk foto di bawah). Setahun dah guna sabun basuh baju Shaklee. Nama saintifik sabun basuh baju Shaklee ni adalah Get Clean Fresh Laundry CONCENTRATE. Hihi. Saintifik sangat ker? Tentulah. Shaklee buat produk bukan free and easy style okeh. Dorang buat kajian dulu. Eh. Macam dah tersasar topik jer. Apa-apa jer lah. Haha.

Sekotak setahun? Korang ada tak sabun basuh baju yang tahan sehingga setahun. Tudia. Ada yang tanya.

"Betoi ka sekotak ja setahun?"

Ini lah yang DS nak kongsi dengan korang semua. Nak tahu tak DS guna macam mana sabun basuh baju Shaklee ni sampaikan bertahan setahun ?

Macam ni. Untuk mesin semi auto dengan muatan 8.5kg DS gunakan sukatan berikut.
● 1 cup dynamo
● 1 sudu besar Get Clean Laundry

Kalau korang ada pakaian dengan kotoran yang degil. Boleh juga dilutekan 1/2 sudu kecil sabun basuh baju Shaklee ni dengan air yang sedikit (anggaran satu cawan kecil) dan buat pre-wash. Korang dilutekan dalam 'spray bottle'. Semburkan pre-wash 30 minit sebelum proses membasuh dimulakan.

Kenapa ianya selamat untuk baby? Selamat sebab reason kat bawah ni :-
★ bebas toksik
★ hypoallergenic
★ semulajadi
★ bebas fosfat
★ bebas klorin



sabun basuh baju yang selamat utk bayi dan kulit sensitif
Sabun basuh baju Shaklee

Nak tahu lagi tak ?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Selain selamat, ianya juga berkesan dan mesra alam.

Berkesan
★ Berkepekatan tinggi
★ Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
★ Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
★ Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Mesra Alam
★ Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
★ Surfaktan mudah biorosot
★ Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
★ Bungkusan yang boleh dikitar semula
★ Tanpa bahan pewarna
★ Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Best giler guna sabun basuh baju Shaklee ni. Terima kasih Shaklee sebab keluarkan sabun pencuci baju dengan efek EXTRA CLEAN. Pakaian lebih bersih dengan produk yang go green. Baju putih jadi lebih putih. Baju berwarna jadi lebih berwarna. Eh eh. (*v*)

Retail Price : RM80.00 (harga lebih murah dengan join jadi ahli)

HUBUNGI SAYA | Diyana | 011 5693 8600 Whatsapp, Sms | email: diyana1223@gmail.com | untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan tambahan. 

Thursday, October 16, 2014

Infused water - detox

Assalamualaikum & hai semua. Cantik, sihat dan segar sokmo hendaknya. Sekarang ni 'trending' INFUSED WATER' di merata-rata. Satu dunia kot duk ber'infused' ni. Sehari selepas memulakan cabaran hidup tanpa gula selama 14 hari, DS cuba buat 'infused water' dengan fungsi 'DETOX'. 

Dalam masa 2 minggu DS terus dapat 'IDEAL WEIGHT' yang diidamkan. Seronokk. Ok lah,  hanya 3 bahan utama yang anda perlukan dan anda dapat air untuk detoks yang sedap secara semulajadi.
___________________________________________________  

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah :-
  1. Sebiji buah lemon segar.
  2. Beberapa tangkai daun pudina segar. (DS guna 2 - 3 tangkai)
  3. 1/2 batang timun jepun / 'Japanese cucumber'.
  4. Air kosong pada suhu bilik, anggaran 1 - 2 L. (nak guna air sejuk pun boleh)

Cara-cara:
  1. Potong buah lemon dan juga timun jepun nipis-nipis.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong bersama daun pudina ke dalam balang / jag.
  3. Isikan dengan air tapis sehingga penuh (anggaran 1-2 liter)
  4. Embunkan didalam peti ais anda semalam & yayyy siapp.
Dah boleh minum keesokkan paginya. Untuk kesan yang lebih baik minum sewaktu perut kosong.

Rasa apa yer air detoks ni. ► masam-masam & 'refreshing'.
Short term effect - keluar angin kus kus aka kentutsss  Detoks ler tuh hihi.

___________________________________________________


1. Lemon segar
Kebaikkan Lemon yang perlu anda tahu.

  1. Membantu mengimbangi pH
  2. Kulit yang lebih 'crsytal clear' dan juga 'glowing'
  3. Bantu KURANGkan BERAT badan
  4. Bantu kawal tabiat meminum kopi

"Lemon is also a natural energizer, it hydrates, it detoxifies, 

and it oxygenates the body so it feels revitalized and refreshed!"


___________________________________________________


2. Daun pudina

Daun pudina ada kesan menyejukkan. Omputeh kata "cooling effect" gitu. Selalunya DS suka masukkan ke dalam teh Arab. Refreshing kuasa sepuluh taw. Paling best bila korang buat ulam atau makan dengan laksa atau pasta goreng. Sedap sangatt.

Selain itu 5 kebaikkan daun pudina yang perlu anda tahu.

  1. Memberihkan usus.
  2. Bersihkan darah.
  3. Hapuskan toksin dalam badan.
  4. Bantu masalah penghadaman.
  5. Mulut berbau wangi / bantu masalah mulut berbau.
____________________________________________________________________________________________

3. Timun Jepun
Kebaikkan timun .
  • Menghidrat tubuh anda.
  • Melawan suhu panas.
  • Menyingkirkan toksin.
  • Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan.
  • Melegakan migrain dan mabuk.
  • SEDAP dibuat ulam dan dimasukkan kedalam laksa.
_____________________________________________________


Tadaaaa. Inilah 'infused water' DS. Rasa masam-masam & segarrr. Ketiga-tiga bahan ni memang superb okeh. Kombinasi yang terbaik untuk DETOKS. Selepas minum keluar angin dari badan..

 'Detox water' sebelum di embunkan .


Bahan-bahan dalam jag ini boleh bertahan 3 hari 3 malam tau. Bila dah bertukar warna seperti gambar dibawah bolehlah buat 'infused water' yang baru. 


Dah boleh buat yang baru.
Tips : 
  1. Jika anda tidak suka masam, letakkan hanya 3 hirisan atau 1/2 biji buah lemon sahaja kedalam 1 - 2L air 'infused' anda.
  2. Pastikan buah lemon anda betul-betul segar. Lemon yang telah tua akan mengubah rasa air menjadi sedikit PAHIT. Jika buah lemon anda kurang segar bolehlah dibuang kulitnya terlebih dahulu bagi mengelakkan rasa PAHIT. Oh ya, biji lemon pun pastikan dibuang sekali yer.
  3. Selain lemon anda juga boleh menggantikan dengan buahan sitrus yang lain seperti buah oren ataupun limau nipis.


Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan dengan teman-teman dan keluarga tersayang.


Wednesday, August 13, 2014

ZA, Enfuselle® & Ronasutra. Mana satu pilihan hati ku.

Assalamualaikum. Hai semua & Selamat Hari Raya..

Apa khabar semua. Kulit wajah anda Cantik, Sihat dan Segar tak?
Tudia soalann.. Bagi yang kulit ada masalah jangan risau. Teruskan cari produk yang sesuai dengan kulit wajah korang. Pasti jumpa yang berkenan nanti.
Hari ni DS nak kongsikan sikit pengalaman DS sebelum & selepas menggunakan Set Penuh Enfuselle® untuk kulit berminyak dan sensitif.

8 sebab DS jatuh hati dengan dengan set penjagaan wajah nih.
  1. Muka dah kurang minyak.. 
  2. Oil blotters pun dah lama tak guna... 
  3. Duduk tengah panas pun kulit muka dah tak merah-merah mcm dulu dahh.. Alhamdulillah.. 
  4. Dan yang penting jerawat pun dah berkurangan.. 
  5. Paling best bila tak perlukan berus kabuki lagi.. 
  6. Sapu dgn 'sponge' pun dah memadai.. 
  7. Kulit rasa lembap jer.. 
  8. Mmg berbaloi guna Enfuselle® ni.. 

Kabuki brush & Oil blotter.


Sebelum guna set Enfuselle® dari Shaklee nih, DS guna set penjagaan wajah dari jenama C. DS guna setahun sahaja. Lepas join jadi ahli Shaklee DS mula tukar jenama. Saja nak try dan juga atas sebab peribadi.. Sambil jadi ahli sambil guna dan kasi review pada rakan-rakan lain. DS berani tukar jenama dari C ke Shaklee sebab Shaklee adalah pengeluar vitamin. Secara logik, pengeluar vitamin keluarkan set penjagaan wajah. Mesti lah best set penjagaan wajah dorang kan. Try punya try memang berbaloi guna. Paling best Eye Treatment dier murah jer. Tak sampai pun RM100. Dan kesannya memang bombastik.

Sebelum bertukar jenama kan, DS juga menggunakan oil blotter dari jenama ZA (wajib ada dalam beg, macam twin dah dengan oil blotter nih dulu) dan apply bedak menggunakan berus Kabuki dari jenama Ronasutra. Oh ya. bedak pun DS guna dari jenama  Ronasutra. Nama bedak tuh Mineral Makeup, 2-in1 foundation & powder. Berus kabuki ni murah jer (sebab regular customer kann, so kakak tu pun kasik harga kebaboom utk DS) Bedak dier pun best & feeling flawless gitu ahakss :-) Dah guna hampir 6 tahun kot.

Pasal oil blotter pulak kan. Apa yang best dengan oil botter ZA ni adalah cepat meresap minyak yang berlebihan kat muka. Pedapkan jer kat muka korang. Ada makeup di wajah pun boleh jer guna oil blotter nih. Material dier macam kertas. Halussssss & nipis. Warna biru kertas dier & permukaan kertas dier licin tak kasar macam jenama lain.

Berus kabuki dari Ronasutra pulak DS suka sebab bantu ratakan bedak. Sekarang walaupun tak guna berus tuh, DS tetap simpan untuk kegunaan masa hadapan. Cewwah..

Dulu...
  1. Muka berminyak sangat (tuler gunanya oil blotter tuh)
  2. Muka jadi merah bila duduk tengah panas
  3. Whitehead banyakkk kat muka
  4. Jerawat banyakkkk
  5. Muka cepat berminyak. Kadang bedak susah nak lekat. Pakai berus kabuki barulah ok.
  6. Stresss sebab orang sukaaa sangat tegur muka DS.
Yeahh.. Sekarang DS manyak HAPPY lorr :-) ♥

Enfuselle, oily skincare
Bersama Ija & K. Ngah di NC Shaklee kat Sunway Pyramid.
Kami bertiga menggunakan Set Penjagaan Wajah Shaklee !! Depan skali tuh DS, sebelah DS Ija dan sebelah Ija adalah K Ngah.

Untuk info korang, DS start guna set Enfuselle® ni bln March 2013 sampailah sekarang... Untuk anda yang inginkan kulit yg lebih sihat, cantik dan segar boleh PM, sms/whatsapp kat no ni 013 447 0711.. DS dah rasai perbezaan, giliran DS pula utk membantu anda..

Atau kalau anda nak cepat boleh order kat sini Enfuselle yang BEST!! tuh.

♥ ---- ♥ ---- ♥ ---- ♥ Sharing is loving ♥ ---- ♥ --- ♥ --- ♥ --- ♥

Thursday, July 17, 2014

TIPS : Kulit berminyak tidak kering lagi..

Atasi kulit kering yang bermusim!!

>> KHAS UNTUK MEREKA YANG BERKULIT SENSITIF & BERMINYAK <<

Hai semua.. Ada yang rasa pelik dengan tajuk post hari kan. Kulit berminyak pun kadang-kadang akan mengalami masalah kulit kering jugak. Hari ini DS nak kongsikan tips yang sangat awesome. Selalu terjadi pada mereka yang bekerja indoor. Terutamanya yang bekerja didalam pejabat yang berpenghawa dingin.

DS dapat tips nih dari doktor DS. Awesome sangat doktor ni taw. Beliau bukan doktor kulit. Tapi info yang beliau berikan buatkan DS rasa macam dengar penerangan dari pakar kulit. Bestttt. Teruja pun ada. 

Ok lah. Here goes the tips.

1. Skip your "toner" or 'neutralize' regimen for a while. Full regimen --> HERE
2. Apply your moisturizer as usual.

Tu jer. Senang kan. As simple as ABC. Ni apa yang doktor DS bagitahu la kan. Kulit berminyak pun memang tend to dry sebab beberapa faktor. Paling femes sebab duduk dalam suasana yang sejuk. Sejuk sejuk nih terbayang SNOW jer.


Oh ya. Beliau juga ada bertanyakan mengenai set penjagaan wajah yang DS gunakan. Apalagi. Semestinya DS jawab SHAKLEE. Pengguna tegar kan. Mestilah guna Shaklee :) Sambil tu terus keluarkan buku "product guide" Shaklee bagi pada beliau.

Bila sejuk kulit akan jadi kering. Kulit DS jenis ultra sensitif. Lepas pegang kertas dan buat apa-apa kerja DS suka basuh tangan. Kalau tak basuh dan terpegang muka memang si jerawat suka pada kulit wajahku. Tambah-tambah kalu memasak. Memang sokmo kerja basuh tangan jer.

Ok sambung balik... 
Bila kulit kering kebanyakkan individu akan rasa gatal-gatal dibahagian muka. Bila dah gatal mulalah nak jadi macam-macam kat wajah kan. Paling femes cela disana sini. Betul tak?

Soalan : Kenapa mesti elakkan pemakaian toner untuk beberapa ketika?

Jawapan : Tujuannya adalah untuk mengelakkan kulit dari menjadi lebih kering. 

Bak kata doktor DS kebanyakkan toner mempunyai ciri mengeringkan kulit. Tetapi bukanlah kering yang menjejaskan tesktur kulit. Beri masa pada kulit untuk pulih dari kekeringan untuk seketika. Bila dah ok boleh ON regimen macam biasa. 

AMARAN : Elakkan menggosok muka untuk menghilangkan kulit yang kering. Amalan menggosok akan menyebabkan keadaan yang lebih buruk.

Jom tengok apakata wikipedia tentang toner.

Types of toners[edit]

Skin bracers or fresheners[edit]
These are the mildest form of toners; they contain water and a humectant such as glycerine, and little if any alcohol (0–10%). Humectants help to keep the moisture in the upper layers of the epidermis by preventing it from evaporating. A popular example of this is rosewater.

These toners are the gentlest to the skin, and are most suitable for use on dry, dehydrated, sensitive and normal skins. It may give a burning sensation to sensitive skin.

Skin tonics[edit]
These are slightly stronger and contain a small quantity of alcohol (up to 20%), water and a humectant ingredient. Orange flower water is an example of a skin tonic. Skin tonics are suitable for use on normal, combination, and oily skin.

Astringents[edit]
These are the strongest form of toner and contain a high proportion of alcohol (20–60%), antiseptic ingredients, water, and a humectant ingredient. These are commonly recommended for oily skins as they are drying. Removal of oil from the skin does not cause overproduction of oil as there are no structure in the skin that provides a mechanism that will send a negative feedback to the oil glands that the skin has become dry and it needs to compensate for that condition. To compensate for that dryness, it would be recommended to use a water based, non comedogenic facial moisturizer.


Ok. Sekian sahaja untuk hari ini. Terima kasih sudi singgah blog DS. Jangan lupa sebarkan info berguna ni untuk teman-teman yang korang sayang.
♥ ♥ Sharing is LOVING ♥ ♥