Wednesday, August 13, 2014

ZA, Enfuselle® & Ronasutra. Mana satu pilihan hati ku.

Assalamualaikum. Hai semua & Selamat Hari Raya..

Apa khabar semua. Kulit wajah anda Cantik, Sihat dan Segar tak?
Tudia soalann.. Bagi yang kulit ada masalah jangan risau. Teruskan cari produk yang sesuai dengan kulit wajah korang. Pasti jumpa yang berkenan nanti.
Hari ni DS nak kongsikan sikit pengalaman DS sebelum & selepas menggunakan Set Penuh Enfuselle® untuk kulit berminyak dan sensitif.

8 sebab DS jatuh hati dengan dengan set penjagaan wajah nih.
  1. Muka dah kurang minyak.. 
  2. Oil blotters pun dah lama tak guna... 
  3. Duduk tengah panas pun kulit muka dah tak merah-merah mcm dulu dahh.. Alhamdulillah.. 
  4. Dan yang penting jerawat pun dah berkurangan.. 
  5. Paling best bila tak perlukan berus kabuki lagi.. 
  6. Sapu dgn 'sponge' pun dah memadai.. 
  7. Kulit rasa lembap jer.. 
  8. Mmg berbaloi guna Enfuselle® ni.. 

Kabuki brush & Oil blotter.


Sebelum guna set Enfuselle® dari Shaklee nih, DS guna set penjagaan wajah dari jenama C. DS guna setahun sahaja. Lepas join jadi ahli Shaklee DS mula tukar jenama. Saja nak try dan juga atas sebab peribadi.. Sambil jadi ahli sambil guna dan kasi review pada rakan-rakan lain. DS berani tukar jenama dari C ke Shaklee sebab Shaklee adalah pengeluar vitamin. Secara logik, pengeluar vitamin keluarkan set penjagaan wajah. Mesti lah best set penjagaan wajah dorang kan. Try punya try memang berbaloi guna. Paling best Eye Treatment dier murah jer. Tak sampai pun RM100. Dan kesannya memang bombastik.

Sebelum bertukar jenama kan, DS juga menggunakan oil blotter dari jenama ZA (wajib ada dalam beg, macam twin dah dengan oil blotter nih dulu) dan apply bedak menggunakan berus Kabuki dari jenama Ronasutra. Oh ya. bedak pun DS guna dari jenama  Ronasutra. Nama bedak tuh Mineral Makeup, 2-in1 foundation & powder. Berus kabuki ni murah jer (sebab regular customer kann, so kakak tu pun kasik harga kebaboom utk DS) Bedak dier pun best & feeling flawless gitu ahakss :-) Dah guna hampir 6 tahun kot.

Pasal oil blotter pulak kan. Apa yang best dengan oil botter ZA ni adalah cepat meresap minyak yang berlebihan kat muka. Pedapkan jer kat muka korang. Ada makeup di wajah pun boleh jer guna oil blotter nih. Material dier macam kertas. Halussssss & nipis. Warna biru kertas dier & permukaan kertas dier licin tak kasar macam jenama lain.

Berus kabuki dari Ronasutra pulak DS suka sebab bantu ratakan bedak. Sekarang walaupun tak guna berus tuh, DS tetap simpan untuk kegunaan masa hadapan. Cewwah..

Dulu...
  1. Muka berminyak sangat (tuler gunanya oil blotter tuh)
  2. Muka jadi merah bila duduk tengah panas
  3. Whitehead banyakkk kat muka
  4. Jerawat banyakkkk
  5. Muka cepat berminyak. Kadang bedak susah nak lekat. Pakai berus kabuki barulah ok.
  6. Stresss sebab orang sukaaa sangat tegur muka DS.
Yeahh.. Sekarang DS manyak HAPPY lorr :-) ♥

Enfuselle, oily skincare
Bersama Ija & K. Ngah di NC Shaklee kat Sunway Pyramid.
Kami bertiga menggunakan Set Penjagaan Wajah Shaklee !! Depan skali tuh DS, sebelah DS Ija dan sebelah Ija adalah K Ngah.

Untuk info korang, DS start guna set Enfuselle® ni bln March 2013 sampailah sekarang... Untuk anda yang inginkan kulit yg lebih sihat, cantik dan segar boleh PM, sms/whatsapp kat no ni 013 447 0711.. DS dah rasai perbezaan, giliran DS pula utk membantu anda..

Atau kalau anda nak cepat boleh order kat sini Enfuselle yang BEST!! tuh.

♥ ---- ♥ ---- ♥ ---- ♥ Sharing is loving ♥ ---- ♥ --- ♥ --- ♥ --- ♥

Sunday, August 3, 2014

Cantik di Hari Raya.

Assalamulaikum & hai semua..
Amacam raya? Ok, best, superb atau kureng :)
Hari Raya tahun ni paling best & superb untuk DS. Sebagai pengedar sah Shaklee macam-macam produk yang DS dapat gunakan dalam kehidupan harian. Paling best pastinya dengan CANTIK DI HARI RAYA. Yang lagi superb sebab Shaklee bayar BONUS SETIAP 14 HARIBULAN. Lagi 10 hari bonus Shaklee akan masuk. Hoyeahhh.

DS suka dengan produk-produk Shaklee, sangat berkesan dan memberikan impak yang bagus untuk DS dan famili tersayang. DS sukaaaa!! Tambah-tambah bila ada yang tegur.

"Eh, wajah dah bersih sekarang. Dulu jerawat meriah kat muka kan. Licin dah sekarang"

"wahhh, masyuk yer jual Shaklee"

"tudiaa, tokey Shaklee mai dah"

Tahun ni DS beraya dengan baju hijau Shaklee okeh. Hijau cam logo Shaklee tak (scroll ke bawah)? 
Kisahnya, DS nak cari warna emarald green, heboh satu Malaysia dengan kaler emerald green ni kan. Bila dapat warna yang diidamkan, saiz pulak tak der. So ambil lah hijau Shaklee. Ok la kan. Barulah betul-betul SID kan. Huhuhu.


Bulan ni Shaklee bermurah hari buat PROMOSI GLA COMPLEX. Pengguna tegar GLA COMPLEX.
Memang suka dengan promosi bulan ini !!

Hormon tak stabil, 
Muka berjerawat, 
Kulit terlampau berminyak, 
Haid on & off, 
Kadang-kadang macam ribut taufan. 

GLA Complex adalah jawapan untuk anda semua. Dengan kuasa tindakan memecahkan sebum secara alami. Menstabilkan hormon. Baru lah senyum sokmo. Muka ceria & glowing jer.

Dengan kandungan GLA yang tinggi (90mg per biji) di tambah pula dgn Vitamin E, 
ianya amat bagus & membantu -

1+ meningkatkan kesihatan semasa haid
2+ menyokong sistem imun
3+ mudah diserap oleh tubuh anda.

♥ ----------- ♥ ----------- ♥ ----------- ♥ ----------- ♥
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.


Akhir kata,

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang jual Shaklee itu SAYA

Salam lebaran untuk semua pengunjung blog DS.
xoxo Diyana Sakura ♥ ♥ ♥