Bahan-bahan yang diperlukan. |
Assalamualaikum & hai semua.. Sedapnya Overnight Oats ni. Haaa tetiba kan.. Dah terasa hujung-hujung lidah nih. Aduss.. Super duper yummy!! Tambah-tambah bila letak buah-buahan segar. Belum terlambat rasanya untuk DS kongsikan resipi kan. Bak kata omputih "better late than never". Ok lah. Nak tahu cara buat Overnight Oats yang berkhasiat tak?
Tak perlu masak.
Tak perlu gula.
Jimat gas.
Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti di atas dan semestinya sebuah peti ais. Penyediaan Overnight Oats ni senang & ringkas. Yang bujang dan nak sarapan berkhasiat highly recommended untuk cuba Overnight Oats ni.
Langkah 1.
Bancuh serbuk protin dengan susu dahulu. Supaya bahan-bahan sebati dan rasanya adalah sekata. Serbuk protin pilihan DS tentunya ESP keluaran Shaklee .
1 sudu besar serbuk protin bersama 1/2 cawan susu segar. |
Langkah 2.
Masukkan yogurt perisa asli dan kacau sebati. DS guna yogurt jenama Marigold.
2 sudu kecil yogurt asli. |
Langkah 3.
Kemudian masukkan secubit serbuk kayu manis dan juga garam. Tabur ala-ala chef taw. Pastu walla. Kita rasa sedikit campuran yang dah berjaya dikacau sebati. Selalunya pada peringkat ini DS akan rasa sikit hujung-hujung sudu. Bila rasanya dah ok dan sebati barulah 'proceed' dengan bahan seterusnya. Kalau tak nak rasa pun boleh jer. Optional shj.
Serbuk kayu manis dan garam. |
Ok. Setelah siap proses pertama boleh go on dengan bahan yang seterusnya. DS suka campurkan bahan-bahan yang di atas supaya Overnight Oats tu mempunyai rasa yang seimbang. Kayu manis tu utk rasa yang lebih ngam & fancy. Garam pula utk membangkitkan lagi rasa lemak pada susu. Yogurt pula sebab nak 'complete' resipi. Di oversea dorang suka letak yogurt, so DS pun letak lah huhu. Anyway yogurt is good for our digestive system and also for our tummy. Orait, lets continue..
Langkah 4.
Masukkan 'chia seed' yang telah direndam sehingga kembang. DS guna air panas sebab nak cepatkan proses pengembangan incik Chia. Guna air pada suhu bilik pun boleh. Boleh juga masukkan 'chia seed' yang kering terus kedalam bahan-bahan yang telah dikacau sebati. Dua-dua kaedah pun ok. Untuk 'chia seed' DS guna 'organic chia seed' yang dibeli di outlet Cosway.
2 sudu kecil 'chia seed' yang telah direndam terlbih dahulu. |
Langkah 5.
Masukkan 'rolled oat' dan kacau sebati. DS suka guna jenama Pristine. Penggunaan oat dari jenis 'rolled oat' ni pun optional juga. Kalau korang nak guna oat dari jenis 'instant oat' pun boleh juga. Cumanya kurang ummmphh lah kan. Sebab resipi asalnya adalah menggunakan 'rolled oat'. Resipi yang DS gunakan adalah resipi asas KERF.
2 sudu besar 'rolled oat'. |
Masukkan buah-buahan kegemaran anda dan kacau sebati.. Proses terakhir adalah mengembunkan Overnight Oats yang telah siap dikacau sebati ke dalam peti ais. Boleh makan keesokkan paginya sebagai sarapan pagi. Overnight Oats yang dah dikeluarkan dari peti sejuk perlu dimakan segera. Kalau korang biarkan lama-lama kat luar Overnight Oats ni akan basi. Kalau nak makan untuk 2 kali pastikan korang ambil separuh dan separuh lagi cepat-cepat simpan balik dalam peti ais.
Haaa amacam? Senang jer kan..
Haaa amacam? Senang jer kan..
Masukkan buah kegemaran anda. |
Bagi yang kurang masa untuk follow Langkah 1 - Langkah 6 boleh cuba cara yang kat bawah ni.
Boleh rujuk sini ► http://www.katheats.com untuk Basic KERF recipe.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment