29/10 2014. DS bersama adik-adik dan ibu telah mengikuti rombongan ke Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Atau lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar.
Perjalanan dari rumah ke Pasar Kemboja Parit Buntar memakan masa hampir 1 jam 30 minit. Tepat jam 7pagi kami dan rombongan berkumpul untuk menaiki bas. Dah lama tak berombongan Cik Kiah ni. Selalu zaman sekolah dan uni shj rombongan Cik Kiah ni. Sambil menikmati pemandangan didalam bas sambil makan bekalan pasta goreng yang di bawa. Tak lupa juga Cinch TeaMix untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Supaya marathon dengan lebih bergaya. Hahaha. Lol.
|
Hasil gorengan awal pagi. |
Dah sampai dah. Syokkkkk nyaa.. Jom turunnn.. Sambil mata jeling-jeling kat tingkap bas tengok kain pasang.
|
Semua tak toleh belakang dah ! |
Checkpoint pertama. Hihihi. Di Pasar Kemboja Parit Buntar ini tiada tandas awam. Pasar Kemboja Parit Buntar beroperasi di celah-celah rumah penduduk di sini dan juga berhampiran dengan jalan.
|
Tingat zaman dolu-dolu. |
Check point kedua. Cantik tak baju kurung dibawah ni. Baju kurung kain pelikat mangga katanya. Yang belum jahit pun ada dijual aka kain pasang la kan.
|
Baju kurung kain pelikat mangga. |
Check point ketiga. Tudiaaa.. Sampai terduduk pilih baju. Selesa katanya kalo duduk .. Senang nak memilih. Rambang mata okeh. 3 helai RM50. Boleh mix. Ada jubah dan juga blaus. Tudung pink tu adik DS. DS tukang 'snap' gambar, lepastu sambung dorang semua duduk dan pilih apa yang berkenan di hati.
|
Pilih pilih.. 3 helai RM50. |
Check point keempat. Singgah di gerai yang menjual pakain untuk si jejaka. Sekadar singgah sahaja. Tak membeli pun. Yang pasti bermacam design ada untuk dipilih. Sediakan RM sahaja.
|
Jubah lelaki |
Check point kelima. Gerai menjual busana muslim. Banyak juga gerai yang menjual baju untuk lelaki berbanding di
Pasar Kemboja Pendang. Jadi, kaum lelaki tak perlu dah risau kebosanan.
|
Busana muslim. |
Sampai di sini (gerai telekung) DS dah tak ingat dah check point yang ke berapa. Yang pasti gerai disini banyak dan harga yang ditawarkan memang agak rendah dari yang ada di jual di pasaran sedia ada. Singgah di gerai telekung. RM45 sahaja. Teringat pula hari pertama di Pasar Kemboja Pendang. 3 pasang telekung design ini RM100. Promosi sempena pembukaan Pasar Kemboja Pendang katanya.
|
Telekung lace pelbagai design dan warna. |
Fuhh penat betul berjalan. Syukur ada beberapa gerai makan disini. Dah penat berjalan kita makan dulu.. Makan berdua shj dengan ibu tercinta. Adik-adik dah hilang dalam ramai.
|
Makan sekadar lapik perut sahaja. |
Omaiiigad. Gerai ini walaupun sangat kecil berbanding yang lain amatlah memukau hatiku. Ewahh.. Bermadah pulak kan.. Its AJ everyone. RM20 sehelai di gerai ini.. Kata usahawan di gerai tudung bawal AJ lain dari yang lain. Bidang lebih besar, 48". Bidang yang lebih besar boleh cover aurat dengan sempurna. Ker semua AJ memang bidang besar?
|
Bawal AJ. |
Di sini terdapat banyak gerai yang menjual tudung berawning begini. Bermacam paten dan warna dengan harga yang amat menarik. Adik DS pernah beli dan harganya sedikit murah dari yang ada di pasaran. Pembelian secara borong akan menikmati harga yang lebih jimat. Ewahhh dah macam peniaga pulak kan. Iklan free. Hihi.
|
Rambang mata. |
Singgah di sini. Belikan baju untuk baba. Oh ya. Di Pasar Kemboja Parit Buntar ini juga ada dijual baju lelaki yang diperbuat dari kain pelikat dengan design seakan baju kurung kain pelikat mangga.
|
Baju lelaki. |
Sayup mata memandang. Sedar sedar dah jauh kami berjalan rupanya. Berpeluh-peluh dah macam lari marathon rasanya. Takper, dah minum Cinch TeaMix tadi. Marathon bergaya gituu. Tak perlu sediakan air panas. Air dari botol mineral pun boleh. Ringkas, mudah & ENERGETIK !
|
My Energy Drinks!! |
|
Yesss!! Marathon bergaya.. |
Dah hampir ke penghujung Pasar Kemboja Parit Buntar. Ada pula pasar borong & runcit. Bukan kedai runcit yer. Peniaga di Pasar Borong & Runcit ini menjual kain pasang dari Indonesia dan juga beraneka pakaian. Cantik-cantik dan kualiti pun bagus. Dan juga ada tandas di dalam kawasan ini. Kebanyakkan tandas disini adalah tandas kepunyaan tuan rumah yang berhampiran.
|
Tandas untuk kemudahan pengunjung. |
Di gerai Pasar Borong & Runcit ni juga ada menjual baju kurung kain pelikat mangga. Adik DS beli dengan harga RM60 sepasang. Tapi bukan warna ini. Warna yang di beli biarlah rahsiaaa.. Shhhh.
|
Baju Kurung Kain Pelikat Mangga RM60 |
Terpukau dengan gerai kain pasang dari Indonesia ini. Sulaman kemas dan juga cantik. Harga?? Seperti dalam gambar di bawah RM65 sahaja.
|
Kain pasang dari Indonesia. |
Di hujung Pasar Kemboja ini ada restoran. Menyajikan santapan tengah hari untuk pengunjung Pasar Kemboja. Juga disediakan parking untuk para pengunjung ke restoran mereka.
|
Restoran. |
Sebahagian hasil borongan. Puas hati membeli di Pasar Kemboja. Dengan RM200 macam-macam boleh beli. Patutlah ramai yang suka.
|
Hasil borongan. |
Kepenatan bersama hasil borongan kami berempat. Marathon bergaya gituu. Powered by Cinch Tea Mix. Base on track record DS, kalo berjalan setengah hari memang cepat flat. Alhamdulillah dengan bantuan Cinch Tea Mix kekal bertenaga. Yessss. Barulah boleh shopping dengan senang hati.
|
Penat yang indah hihi. |
Sewaktu balik, hujan lebat membasahi bumi Parit Buntar. Eh belum balik lagi. Rombongan akan ke destinasi seterusnya. Stay tune..
|
Alahai.. Sian.. |
|
Hujan. |
|
Habis basah hasil jualan. |
Tadaaaa. Inilah destinasi kami yang seterusnya. Zoo Taiping. Sebelum itu ke Burmese Pool bawa anak-anak kecil mandi-manda. Yang dewasa jadi peneman sahaja. Kami berempat bawa bekalan makanan tengah hari. Sempat makan di Burmese Pool sebelum ke Zoo Taiping. Di Zoo Taiping ini juga ada disediakan surau utk keperluan pengunjung yang beragama Islam. Surau berada di luar Zoo Taiping. Berhampiran dengan pintu masuk utama.
|
Kami berempat. |
Rasanya dah berpuluh tahun tak masuk zoo. Kali terakhir masuk zoo umur 5 tahun kot. Seronok rupanya masuk zoo. Anak-anak kecil yang peling gumbira dan teruja. Hahaha. Sebenarnya DS dan adik-adik pun teruja jugak. Hihihi.
|
Aku, zirafah dan ... |
Selepas ke Zoo Taiping destinasi seterusnya adalah kedai RM2 yang spesel. Satu hala dengan jalan balik. Menurut salah seorang ahli rombonga kedai RM2 ini spesel & unik. Tak silap nama kedai tu ECO. Destinasi terakhir adalah Pendang. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Sebelum balik singgah di RnR Gurun untuk bersolat.
Ok semua. Terima kasih sudi singah blog DS. Semoga sentiasa Cantik, Sihat & Segar. Assalamualaikum & have a good day ahead.
Pasar kemboja ni,hari sabtu bukak pagi sampai pukul berape ye..
ReplyDeleteSampai tgh hari bro meor.
DeletePasar kemboja buka hari sabtu je ke
ReplyDeleteSetahu sy PK Parit Buntar ni mmg buka hari sabtu shj sis Julia Amin. Then yg PK Pendang buka hari Jumaat shj.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete