Friday, April 10, 2015

Ayam panggang rosemary.

Assalamualaikum & salam jumaat semua. Dah lama beli pokok rosemary ni. DS terjumpa di Pekan Nat Kelang Kecik, Pendang. Orang Pendang, ceq nak habaq nih, herba inggeris pun ada tang pekan nat nih. Haha. Rare okeh!

DS beli RM10 sepasu. Memang ada sepasu ni shj. So, DS pun beli sebab dah lama cari. Sampai Cameron Highland pun cari tak jumpa pokok nih. Susah betul nak cari. Skali ada di tempat sendiri daaa. Tapi ada satu masalah kecil, tak tahu nak guna macam mana. Lol. Almaklumlah herba Inggeris. Kalau bagi serai, lengkuas, kunyit retilah DS guna. Hihi.

Resipi ayam panggang mudah dgn rosemary
Pokok Rosemary.

Tup tup ternampak daun rosemary ni dalam sos black pepper. Dorang masukan dalam sos black pepper dan juga ayam panggang. Sedap sangat!! Balik rumah terus cuba sendiri daun rosemary tu. Buat ujian rasa skit. Gigit gigit daun tuh rasa sendiri. Mak ai, mcm pedas-pedas sikit. Rasa ala-ala mint pun yer jugak tapi dengan rasa lemon.

Ok dah tau dah nak masak apa. Maka tercetuslah idea pertama.. Jeng jeng. Ayam Panggang Rosemary. Yayyy. DS masak ringkas shj. Apapun mmg sedap resipi nih (lol puji diri sendiri, sila jgn muntah hijau).

Anyway, sebelum DS terlupa resipi ayam panggang nih baik tempek resipi cetusan idea DS ni siap-siap kat sini. Utk rujukan masa depan. Ok semua, boleh rujuk resipi kat foto bawah ni. 


Resepi Ayam Panggang Rosemary.


Senang & ringkas kan kan. Next time nak cuba add on bawang putih sikit. Makan dengan pasta mesti sedap ayam nih. Yum yum. Ok semua. Selamat mencuba. Have a nice jumaah! Assalamualaikum.

HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

No comments:

Post a Comment