Wednesday, October 29, 2014

Pasar Kemboja Pendang bakal diteruskan.

Assalamualaikum.
Ramainya yang tanya? So DS kepilkan info yang DS dapat ni. 
Semoga terjawab persoalan yer. 
Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi mereka di FB Bazaar Melayu Kemboja
Ada apa kat Pasar Kemboja Pendang ni? Rujuk SINI

Suasana di Pasar Kemboja Pendang.
Oklah semua. Terima kasih sudi singgah blog DS.
Next DS akan kongsikan mengenai Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat 
atau lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar.

Sumber info : FB Bazaar Melayu Kemboja

Thursday, October 23, 2014

2 aktiviti fizikal untuk tambah berat.

A Journey to IDEAL WEIGHT #3


Orait. Seperti yang dijanjikan di dalam siri A Journey to IDEAL WEIGHT yang lalu DS dah janji nak kongsikan aktiviti fizikal yang DS buat selama setahun yang lalu. Here we go.. 

Aktiviti Fizikal 1 - SENAMAN

Bercakap tentang aktiviti fizikal, DS ada praktikkan beberapa senaman untuk membantu tubuh FIT sepanjang misi tambah Berat Ideal. WAJIB tau senaman walaupun tubuh anda kurus / underweight. Gambar dibawah adalah contoh-contoh senaman yang DS praktikkan sepanjang misi tambah berat. Paling best jumping jack aka lompat bintang. Wall sit pun best. Ahaa yang paling "best" push-up & abdominal crunch.. Sebenarnya "best" sehingga tak terbuat pun. Hihi.. Lol.

Pic from Google search.

Kenapa perlu bersenam walaupun kurus + underweight?

Soalan diatas DS paling suka. Sebab ramai yang beranggapan kurus + underweight tak perlu bersenam. Kata mereka kalori akan dibakar dan tubuh akan kekurangan kalori harian seterusnya berat akan semakin berkurangan bukan bertambah.

Bila kita bersenam sebenarnya kita sedang membantu tubuh membina otot bukan lemak.

Ingat tau konsep ni --> NAK TAMBAH OTOT bukan lemak. 

Korang nak ke dapat berat ideal tapi lemak penuh sana-sini. Lengan lembik!! Perut buncit!! Sebab penuh lemak!! Tak nak kan. Jadi wajib bersenam ok. Ehh tetiba plak emo ni. Haha.. Bukan emo.. Nasihattt. Ok back on track.  Berapa kali nak bersenam. 

Min - 1 kali seminggu.
Max - 3 kali seminggu.

Dengan bersenam kita dah bantu tubuh untuk membina otot dan menyingkirkan lemak yang tidak perlu dari dalam badan kita. Barulah berat ideal + tubuh fit!!

DS paling suka bersenam seminggu sekali. Kadag-kadang terlebih rajin selepas subuh DS dah bersenam dalam rumah. Selalunya DS bersenam dalam masa 15 min sahaja setiap sesi. Hati-hati yer bersenam. Mulakan dengan warm up dan buat senaman ringkas dahulu. Selalunya kalo stat lepas subuh DS berjoging keliling rumah shj. Kalau guna pic kat atas tu DS buat setiap hari Jumaat (sebab hari cuti, boleh bersenam lama skit. Lama tu 30 min jer hihihi). Kadang-kadang x set pun masa. Janji keluar peluh dan badan rasa ringan DS stop.


Waktu mula-mula bersenam memang penat tau. Tubuh belum dapat biasakan diri. DS bermula dengan senaman yang mudah sahaja. Lebih kurang sebulan juga DS hanya joging sahaja. Kenali kemampuan tubuh anda supaya tak berlaku kecederaan yang serius akibat bersenam. Oklah. jom zassss untuk aktiviti fizikal yang ke 2. Korang pasti sukaaaa..


Aktiviti Fizikal 2 - MAKAN.

Tersenyum lebarrrr yer. Suka bila DS tulis makan yer. Nak makan pun ada syarat-syarat tau. Bukan makan sesuka hati. Makan dengan ilmu. Ingat lagi konsep tadi. Yup TAMBAH OTOT bukan lemak turut diguna pakai dalam aktiviti Fizikal no 2 ni. 

1. Banyakkan makan di waktu petang ke malam - DS pernah terbaca, makan di waktu ini sangat membantu dalam proses penambahan berat badan kerana metabolisma lebih rendah pada waktu ini. Antara masalah utama mereka yang kurus / underweight adalah metabolisma yang tinggi. Sejauh mana kebenarannya tidak lah DS diketahui. Yang pasti DS amalkan makan malam dan perbanyakkan pengambilan kalori di waktu ini dan ianya sangat membantu.


"Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa orang-orang yang makan selepas pukul 8 malam mempunyai Body Mass Index (BMIs) yang lebih tinggi daripada orang yang tidak mengunyah pada waktu malam, walaupun mereka tidak makan lebih banyak jumlah kalori setiap hari. Para penyelidik mengenal pasti banyak faktor dan masa adalah satu-satunya yang berkait rapat"


Antara pilihan snek di malam hari (sekali-sekala jer yer)
2. Pilih makanan berkhasiat - Pastikan anda makan makanan yang sihat. Elakkan pengambilan fast food, minuman bergas & junk food secara berlebihan. Walaupun ianya membantu menaikkan berat badan kerana jumlah kalori yang tinggi, ianya adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak sihat untuk tubuh anda. Kesan jangka panjang agak menggerikan. Silap haribulan anda mungkin obes di hari tua anda atau mungkin juga bakal tua sebelum waktunya. Sekali-kala boleh jer.

3. Makan protin - Protin adalah blok binaan asas bagi pembinaan kehidupan. Protin diperlukan bagi membina sel baru didalam tubuh. Pembentukkan tubuh manusia terdiri daripada ASAS ini. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

Beef meatball bersama sayur-sayuran. Antara sumber protin yang sangat sedap.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> TUBUH

Antara sumber protin adalah daging, ikan, telur, susu, kekacang dan lain-lain. 

 4. Cukupkan keperluan kalori harian anda - Pastikan kalori harian anda cukup untuk menaikkan berat badan ke arah BERAT IDEAL. Bila bercakap mengenai kalori bermakna anda harus tahu cara untuk mengira kalori atau sekurang-kurangnya tahu makanan yang diambil mempunyai sekian-sekian kalori. Antara masalah lain bagi si kurus / underweight adalah pengambilan kalori yang tidak cukup untuk kenaikkan berat badan mereka. 

Contoh : Untuk menaikkan berat sebanyak 3 kg, dengan BMI 18 anda perlukan sekurang-kurangnya 1,640 kCal setiap hari. Untuk info kalori yang diperlukan oleh seorang perempuan yang mempunyai BMI normal adalah 1,500 kCal . Jumlah kalori yang diperlukan untuk menaikkan berat badan adalah berbeza mengikut berat dan BMI.

Alamak, macam mana nak kira kalori ??

Tak perlu runsing. Zaman IT semuanya di hujung jari kan. DS install apps  --> MyFitnessPal . Bagi yang tiada sambungan internet di telefon bimbit boleh juga log in menggunakan PC . Sahabat DS Puteri Hafiza yang sarankan.


GAIN weight with myfitnesspal.

Apps nih sangat best .
  • Bantu kita makan mengikut kalori yang sepatutnya untuk naikkan berat yang tertentu. 
  • Fungsi bar code scanner utk memudahkan key in  data makanan yang dimakan. 
  • Alarm / alert utk remaining calory intake.
  • Bantu kira jumlah kalori harian yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh.
  • Boleh masukkan jumlah kalori mengikut resepi kita sendiri dan save untuk kegunaan masa hadapan.
Key in data untuk kalori Overnight Oats.


5. Makan sarapan pagi - Sarapan pagi sangat penting untuk memberikan tenaga kepada tubuh.Orang yang makan sarapan pagi lebih sihat berbanding mereka yang tidak bersarapan. Ini adalah kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tidak bersarapan dan anda akan lebih cepat berasa lapar.

Ok. Sekian sahaja perkongsian untuk kali  ini.
Next will be A Journey to Ideal Weight #4 .
DS akan bongkarkan rahsia DS tambah berat dengan produk Shaklee..
Jangan risau, produk ini tanpa steroid. Ianya selamat, berkesan & semulajadi.

Last but not least. DS nak tiupkan semangat berjuang kat korang yang kurus / underweight diluar sana. Chayok!! Chayok!!!

Make it HAPPEN
DREAM it.
PLAN it.
WORK for it.

U can do it.

Thursday, October 16, 2014

Infused water - detox

Assalamualaikum & hai semua. Cantik, sihat dan segar sokmo hendaknya. Sekarang ni 'trending' INFUSED WATER' di merata-rata. Satu dunia kot duk ber'infused' ni. Sehari selepas memulakan cabaran hidup tanpa gula selama 14 hari, DS cuba buat 'infused water' dengan fungsi 'DETOX'. 

Dalam masa 2 minggu DS terus dapat 'IDEAL WEIGHT' yang diidamkan. Seronokk. Ok lah,  hanya 3 bahan utama yang anda perlukan dan anda dapat air untuk detoks yang sedap secara semulajadi.
___________________________________________________  

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah :-
  1. Sebiji buah lemon segar.
  2. Beberapa tangkai daun pudina segar. (DS guna 2 - 3 tangkai)
  3. 1/2 batang timun jepun / 'Japanese cucumber'.
  4. Air kosong pada suhu bilik, anggaran 1 - 2 L. (nak guna air sejuk pun boleh)

Cara-cara:
  1. Potong buah lemon dan juga timun jepun nipis-nipis.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong bersama daun pudina ke dalam balang / jag.
  3. Isikan dengan air tapis sehingga penuh (anggaran 1-2 liter)
  4. Embunkan didalam peti ais anda semalam & yayyy siapp.
Dah boleh minum keesokkan paginya. Untuk kesan yang lebih baik minum sewaktu perut kosong.

Rasa apa yer air detoks ni. ► masam-masam & 'refreshing'.
Short term effect - keluar angin kus kus aka kentutsss  Detoks ler tuh hihi.

___________________________________________________


1. Lemon segar
Kebaikkan Lemon yang perlu anda tahu.

  1. Membantu mengimbangi pH
  2. Kulit yang lebih 'crsytal clear' dan juga 'glowing'
  3. Bantu KURANGkan BERAT badan
  4. Bantu kawal tabiat meminum kopi

"Lemon is also a natural energizer, it hydrates, it detoxifies, 

and it oxygenates the body so it feels revitalized and refreshed!"


___________________________________________________


2. Daun pudina

Daun pudina ada kesan menyejukkan. Omputeh kata "cooling effect" gitu. Selalunya DS suka masukkan ke dalam teh Arab. Refreshing kuasa sepuluh taw. Paling best bila korang buat ulam atau makan dengan laksa atau pasta goreng. Sedap sangatt.

Selain itu 5 kebaikkan daun pudina yang perlu anda tahu.

  1. Memberihkan usus.
  2. Bersihkan darah.
  3. Hapuskan toksin dalam badan.
  4. Bantu masalah penghadaman.
  5. Mulut berbau wangi / bantu masalah mulut berbau.
____________________________________________________________________________________________

3. Timun Jepun
Kebaikkan timun .
  • Menghidrat tubuh anda.
  • Melawan suhu panas.
  • Menyingkirkan toksin.
  • Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan.
  • Melegakan migrain dan mabuk.
  • SEDAP dibuat ulam dan dimasukkan kedalam laksa.
_____________________________________________________


Tadaaaa. Inilah 'infused water' DS. Rasa masam-masam & segarrr. Ketiga-tiga bahan ni memang superb okeh. Kombinasi yang terbaik untuk DETOKS. Selepas minum keluar angin dari badan..

 'Detox water' sebelum di embunkan .


Bahan-bahan dalam jag ini boleh bertahan 3 hari 3 malam tau. Bila dah bertukar warna seperti gambar dibawah bolehlah buat 'infused water' yang baru. 


Dah boleh buat yang baru.
Tips : 
  1. Jika anda tidak suka masam, letakkan hanya 3 hirisan atau 1/2 biji buah lemon sahaja kedalam 1 - 2L air 'infused' anda.
  2. Pastikan buah lemon anda betul-betul segar. Lemon yang telah tua akan mengubah rasa air menjadi sedikit PAHIT. Jika buah lemon anda kurang segar bolehlah dibuang kulitnya terlebih dahulu bagi mengelakkan rasa PAHIT. Oh ya, biji lemon pun pastikan dibuang sekali yer.
  3. Selain lemon anda juga boleh menggantikan dengan buahan sitrus yang lain seperti buah oren ataupun limau nipis.


Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan dengan teman-teman dan keluarga tersayang.


Thursday, October 9, 2014

3 sebab saya perlu berat badan ideal (IDEAL WEIGHT)

A Journey to IDEAL WEIGHT #2


Assalamualaikum & hai semua. Cantik, sihat dan segar hendaknya. Kenapa DS nakkkkk sangat berat badan ideal (IDEAL WEIGHT)

1. Nak tambahkan STAMINA - kekurangan berat badan selalunya dikaitkan dengan stamina yang lemah.


Selepas mencapai berat badan ideal (IDEAL WEIGHT) DS rasa lebih cergas dan lebih sihat. Nak bersenam pun rasa happy giler. Sebelum dapat berat badan ideal (IDEAL WEIGHT) DS memang bersenam tapi cepat letih atau bahasa orang sekarang cepat pancit. Nak buat senaman yang berimpak tinggi memang fikir banyak kali . DS pernah hampir-hampir pitam ketika bersenam . Puncanya adalah KURANG STAMINA. Dulu tak kuat (rujuk entry lepas A Journey to IDEAL WEIGHT #1) dan memang cepat letih. Kini tidak lagi. Alhamdulillah.

2. Nak SIHAT - kekurangan berat badan berkait rapat dengan pelbagai masalah kesihatan. 


Di uji dengan demam setiap bulan (kadang-kadang 2 minggu sekali) selama 5 tahun membuatkan DS bertekad untuk mendapatkan berat badan ideal (IDEAL WEIGHT) . DS pernah terbaca, kurang berat badan juga antara penyebab PCOS (bagi wanita) dan masalah-masalah seperti cepat letih, penyakit kardiovaskular, tulang rapuh dan berisiko mengalami kecederaan yang teruk akibat kekurangan berat badan. Haishh.
Bila cepat letih nak bermusafir memang mencabar. Bila bulan Ramadhan lagi mencabar. Baru setengah hari dah lemau dan tak berdaya. Budak-budak pun lagi kuat rasanya :)


3. Atas saranan doktor - katanya BMI underweight so kena upgrade, at least bagi dapat berat badan ideal (IDEAL WEIGHT)


Bertahun pergi jumpa doktor, beliau gemar menyuruh DS naik weighing scale. Malu pun ada sebenarnya. Setiap bulan memang ke klinik akibat demam. Tak jemu demam tu datang bertandang. Begitu jugalah dengan doktor tu yang  tak jemu suruh DS naik penimbang. Doktor pun selalu bagi multivitamin. Boleh kata setiap kali visit beliau bagi multivitamin sehinggalah DS beritahu
"doktor, saya ada ambil beberapa suplemen keluaran Shaklee dan saya join jadi ahli sebab rasa lebih kuat".
"Good for you, your body need supplement to boost up immunity" katanya. Siap terkejut sebab ambil banyak jenis suplemen. (Vitamin C, Vitamin B complex, Alfafa Complex, Zinc, Vivix, GLA Complex dll)

Ok semua. Thanks for reading. Next post ►A Journey to IDEAL WEIGHT #3◄ DS akan kongsikan apa yang DS buat / aktiviti fizikal yang DS konsisten sepanjang misi A Journey to IDEAL WEIGHT.

Tuesday, October 7, 2014

Rasa itu...

A journey to IDEAL WEIGHT #1


Bangun pagi tadi dengan perasaan yang sedih. Dah beberapa hari dah mcm ni. Beberapa malam juga pening memikirkan PERUBAHAN yang melanda diri. Serba tak kena jadinya. Rungsing pikir. Solusinya adalah dengan meminjam dari adikku.

Buka almari hanya mampu tengok shj. Nasib kau lah baju. Dah tak muat utk dipakai. Begini rupanya rasa itu. Disebalik rasa itu ada perasaan baru yang SANGAT BERMAKNA.
Keluar rumah dengan rasa yang baru.
♥ SERONOK
(dapat berat ideal. Berdekad kot UNDERWEIGHT)

♥ LEBIH CANTIK

♥ LEBIH SIHAT

♥ LEBIH SEGAR

♥ LEBIH YAKIN

♥ LEBIH KUAT
(haha.. kuat maksudnya tak cepat letih dah)



Misi hari ini : penambahan baju-bajan lagi.

Semalam berjaya membeli baju dan seluar baru untuk ke tempat kerja. Beberapa hari ni asyik pakai skirt jer. Ahahaha.. Skirt pulak skirt pinjam. Baju pun sama. Hihihi..


Sepasang baju baru untuk ke tempat kerja.


Dalam tak sedar rupanya MISI PENAMBAHAN BERAT ku telah berjaya. Minggu ni paling obvious. Pakai baju kerja ja alih-alih kena tukar baju lain. Baru tersedar dari lamunan.. Ewahhh.. Hihi.. Terus timbang andd wallaa.. 45KG dah.. Yesss!!

Alhamdulillah.. Next --> utk kekalkan berat ideal. Dalam pada tuh ramai yang berminat dengan baju baruku. Hihihi.. Siap kata macam baju nikah. Tetttt.. Ahahaha..


Kawan-kawanku yang awesome.


So utk yang nak tambah berat bolehlah siapkan mental korang. Bukan apa, bersedia untuk terima kenyataan bahawa baju yang korang ada sekarang bakal berganti dan terpaksa beli baru akibat pertambahan berat. Ada yang tanya DS. Macam mana nak naikkan berat.

Nak TAMBAH BERATTT.. Alahaii senang sangat.. Janji ada disiplin dan sentiasa bersabar. DS ambil suplemen dalam misi penambahan berat.

Petang semalam dpt wassap dari wanita misteri. Teruja katanya sbb DS dah berjaya naikkan 6KG.. Yg jeles pun hado.  Hihi... Apalagi. Jom lah tambah berat secara SIHAT..

Tips : ambil protin yg mencukupi untuk tujuan pembinaan otot.. Juga disusuli dengan senaman secara berkala.

Jom ‎makan suplemen‬.
Jom ‎senaman secara berjadual.
Jom ‎amalkan cara hidup sihat‬.

   ♥ This is my Shaklee Effect ♥   ‬


‬Nota : Post ini telah diubah dibawah tab 'My journey to IDEAL WEIGHT' kepada tab yang baru HOME dengan Label 'A Journey to IDEAL WEIGHT' Post asal adalah bertarikh 28 September 2014.

Oklah, setakat ini sahaja dulu. Next post will be  ► A journey to IDEAL WEIGHT #2 ◄ DS akan kongsikan 3 sebab DS nak sangat BERAT IDEAL.  Terima kasih kerna sudi membaca & singgah blog DS. DS doakan korang sentiasa sabar dan sentiasa istiqamah untuk mendapatkan BERAT IDEAL. 

Thursday, October 2, 2014

Can we eat to starve cancer?

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar semua. Cantik, sihat & segar sentiasa hendaknya. Baru-baru ini DS telah diberikan peluang untuk memahami bagaimana kita sebenarnya boleh bantu KEBULURKAN SEL-SEL KANSER yang berada di dalam tubuh badan kita. Menarik bukan. Jom tengok video ni dan baca sampai habis dan pahamkan. 



Info didalam video ini sangat menarik, dan berguna. Terima kasih pada sis Puteri dan bisnes partner beliau sis Bellarina atas usaha mereka berdua untuk menterjemahkan video ini.

Ok beberapa term penting yang anda kena faham dulu ialah:
1- Blood vessel = salur darah
2- Angiogenesis = proses pembentukan salur darah
3- Inhibitors = penyekat proses pembentukan salur darah
4- Stimulators = merangsang proses pembentukan salur darah

1- Pembentukan salur darah kita ni sangat magical, ianya boleh dirangsang dan disekat bila diperlukan. Contoh, bila kita luka di bahagian kulit, proses pembentukan salur darah akan dirangsang untuk baiki luka tersebut. Dan apabila luka sembuh, pembentukan salur darah disekat sebab dah cukup tugasnya untuk perbaiki tisu kulit kita. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan untuk rangsangan atau sekatan. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat perlu seimbang.

2- Masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu sedikit termasuklah luka lambat sembuh, penyakit jantung, strok, pre-eclampsia, rambut gugur, erectile dysfunction. Maknanya badan tidak boleh meransang pembentukan salur darah, maka terjadi lah masalah-masalah ni.

3- Masalah-masalah yang berkaitan dengan salur darah yang terlalu banyak termasuklah cancer, psoriasis, buta, arthritis, endeometriosis, Alzheimers, obesiti dan lain-lain akibat tubuh badan tidak mampu mengawal pembentukan salur darah.

4- Dan lebih menakutkan ialah, ketidakseimbangan ini (terlalu kurang atau terlalu banyak salur darah) 30-35% disebabkan oleh diet kita seharian. Di dalam video ini Dr. Li menekankan bagaimana diet boleh menyebabkan kita mendapat kancer dan kita sebenarnya memang "memberi makan" kepada sel kanser setiap hari, dan sel kanser membiak & semakin "sihat" dalam tubuh badan kita.

5- Dalam badan kita memang terdapat sel kanser, dan semakin kita tua, semakin mudah sel kanser dalam badan ditemui. Yang membezakan samada ia boleh jadi penyakit ialah cara diet kita seharian. Adakah kita makan untuk membuatkan sel kanser bertambah sihat, atau kita makan untuk buatkan sel kanser kita kebulur ?

6- Dalam video ini Dr. Li memberikan satu contoh sumber makanan yang boleh membantu didalam masalah ketidakseimbangan proses pembentukan salur darah kita (imbalance in angiogenesis), iaitu dengan makanan-makanan yang bersumberkan RESVERATROL yang tinggi seperti anggur merah. Dan ia membantu menyekat ketidakseimbangan (dalam hal kanser, terlebih pembentukan salur darah) tersebut sebanyak 60%! Begitu juga dengan strawberi dan ekstrak kacang soya.

7- Senarai makanan lain yang boleh kita makan untuk memastikan sel kanser kita "kebuluran" termasuklah blackberri, raspberri, blueberri, oren, grapefruit, lemon, epal, nenas, ceri, red wine, bok choy, kale, kacang soya, ginseng, maitake mushrooms, likuoris, halia, buah pala, artichokes, labu, timun laut, tuna, parsli, bawang putih, tomato, minyak zaitun, grape seed oil, dark chocolate dll.

Top 14 Anti-cancer superfruits (pic sources ; internet)


8- Pemakanan yang tidak sihat, membuatkan sel kanser bertambah sihat, lama kelamaan salur darah didalam tubuh badan menjadi tidak seimbang , ianya akan terlebih (bayangkan ia berakar tanpa henti), dengan itu semakin banyak laluan makanan ke sel kanser tersebut.

9- Jadi kita ada pilihan untuk KEBULURKAN sel-sel kanser kita, dengan menjaga keseimbangan pembentukan salur darah melalui deit yang sihat.

10- Setiap kali kita makan, tanya diri sendiri, adakah saya menggemokkkan sel kanser saya, atau saya mengkebulurkan sel kanser saya? "it's not what you eat, but what eat you inside"

11- Di Shaklee kami mempunyai produk yang mampu membantu dalam menghalang pembesaran kebanyakkan kanser. Hanya sehari sesudu Vivix (paling potent / paling tinggi untuk kandungan resveratrol) bukan sekadar awet muda, cantik, sihat & segar. Jom berusaha kebulurkan sel-sel kanser yang sememangnya ada didalam tubuh badan kita.

Vivix
Ok lah semua. Thanks for reading ya.