Assalamualaikum & hai semua. Cantik, sihat dan segar sokmo hendaknya. Sekarang ni 'trending' INFUSED WATER' di merata-rata. Satu dunia kot duk ber'infused' ni. Sehari selepas memulakan cabaran hidup tanpa gula selama 14 hari, DS cuba buat 'infused water' dengan fungsi 'DETOX'.
Dalam masa 2 minggu DS terus dapat 'IDEAL WEIGHT' yang diidamkan. Seronokk. Ok lah, hanya 3 bahan utama yang anda perlukan dan anda dapat air untuk detoks yang sedap secara semulajadi.
Dalam masa 2 minggu DS terus dapat 'IDEAL WEIGHT' yang diidamkan. Seronokk. Ok lah, hanya 3 bahan utama yang anda perlukan dan anda dapat air untuk detoks yang sedap secara semulajadi.
___________________________________________________
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah :-
- Sebiji buah lemon segar.
- Beberapa tangkai daun pudina segar. (DS guna 2 - 3 tangkai)
- 1/2 batang timun jepun / 'Japanese cucumber'.
- Air kosong pada suhu bilik, anggaran 1 - 2 L. (nak guna air sejuk pun boleh)
Cara-cara:
- Potong buah lemon dan juga timun jepun nipis-nipis.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong bersama daun pudina ke dalam balang / jag.
- Isikan dengan air tapis sehingga penuh (anggaran 1-2 liter)
- Embunkan didalam peti ais anda semalam & yayyy siapp.
Rasa apa yer air detoks ni. ► masam-masam & 'refreshing'.
Short term effect - keluar angin kus kus aka kentutsss Detoks ler tuh hihi.
___________________________________________________
1. Lemon segar |
- Membantu mengimbangi pH
- Kulit yang lebih 'crsytal clear' dan juga 'glowing'
- Bantu KURANGkan BERAT badan
- Bantu kawal tabiat meminum kopi
"Lemon is also a natural energizer, it hydrates, it detoxifies,
and it oxygenates the body so it feels revitalized and refreshed!"
___________________________________________________
3. Timun Jepun |
- Menghidrat tubuh anda.
- Melawan suhu panas.
- Menyingkirkan toksin.
- Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan.
- Melegakan migrain dan mabuk.
- SEDAP dibuat ulam dan dimasukkan kedalam laksa.
_____________________________________________________
Tadaaaa. Inilah 'infused water' DS. Rasa masam-masam & segarrr. Ketiga-tiga bahan ni memang superb okeh. Kombinasi yang terbaik untuk DETOKS. Selepas minum keluar angin dari badan..
'Detox water' sebelum di embunkan . |
Bahan-bahan dalam jag ini boleh bertahan 3 hari 3 malam tau. Bila dah bertukar warna seperti gambar dibawah bolehlah buat 'infused water' yang baru.
Dah boleh buat yang baru. |
Tips :
- Jika anda tidak suka masam, letakkan hanya 3 hirisan atau 1/2 biji buah lemon sahaja kedalam 1 - 2L air 'infused' anda.
- Pastikan buah lemon anda betul-betul segar. Lemon yang telah tua akan mengubah rasa air menjadi sedikit PAHIT. Jika buah lemon anda kurang segar bolehlah dibuang kulitnya terlebih dahulu bagi mengelakkan rasa PAHIT. Oh ya, biji lemon pun pastikan dibuang sekali yer.
- Selain lemon anda juga boleh menggantikan dengan buahan sitrus yang lain seperti buah oren ataupun limau nipis.
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan dengan teman-teman dan keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment