A Journey to IDEAL WEIGHT #2
Assalamualaikum & hai semua. Cantik, sihat dan segar hendaknya. Kenapa DS nakkkkk sangat berat badan ideal (IDEAL WEIGHT)
1. Nak tambahkan STAMINA - kekurangan berat badan selalunya dikaitkan dengan stamina yang lemah.
Selepas mencapai berat badan ideal (IDEAL WEIGHT) DS rasa lebih cergas dan lebih sihat. Nak bersenam pun rasa happy giler. Sebelum dapat berat badan ideal (IDEAL WEIGHT) DS memang bersenam tapi cepat letih atau bahasa orang sekarang cepat pancit. Nak buat senaman yang berimpak tinggi memang fikir banyak kali . DS pernah hampir-hampir pitam ketika bersenam . Puncanya adalah KURANG STAMINA. Dulu tak kuat (rujuk entry lepas A Journey to IDEAL WEIGHT #1) dan memang cepat letih. Kini tidak lagi. Alhamdulillah.
2. Nak SIHAT - kekurangan berat badan berkait rapat dengan pelbagai masalah kesihatan.
Di uji dengan demam setiap bulan (kadang-kadang 2 minggu sekali) selama 5 tahun membuatkan DS bertekad untuk mendapatkan berat badan ideal (IDEAL WEIGHT) . DS pernah terbaca, kurang berat badan juga antara penyebab PCOS (bagi wanita) dan masalah-masalah seperti cepat letih, penyakit kardiovaskular, tulang rapuh dan berisiko mengalami kecederaan yang teruk akibat kekurangan berat badan. Haishh.
Bila cepat letih nak bermusafir memang mencabar. Bila bulan Ramadhan lagi mencabar. Baru setengah hari dah lemau dan tak berdaya. Budak-budak pun lagi kuat rasanya :)
3. Atas saranan doktor - katanya BMI underweight so kena upgrade, at least bagi dapat berat badan ideal (IDEAL WEIGHT)
Bertahun pergi jumpa doktor, beliau gemar menyuruh DS naik weighing scale. Malu pun ada sebenarnya. Setiap bulan memang ke klinik akibat demam. Tak jemu demam tu datang bertandang. Begitu jugalah dengan doktor tu yang tak jemu suruh DS naik penimbang. Doktor pun selalu bagi multivitamin. Boleh kata setiap kali visit beliau bagi multivitamin sehinggalah DS beritahu
"doktor, saya ada ambil beberapa suplemen keluaran Shaklee dan saya join jadi ahli sebab rasa lebih kuat".
"Good for you, your body need supplement to boost up immunity" katanya. Siap terkejut sebab ambil banyak jenis suplemen. (Vitamin C, Vitamin B complex, Alfafa Complex, Zinc, Vivix, GLA Complex dll)
Ok semua. Thanks for reading. Next post ►A Journey to IDEAL WEIGHT #3◄ DS akan kongsikan apa yang DS buat / aktiviti fizikal yang DS konsisten sepanjang misi A Journey to IDEAL WEIGHT.
No comments:
Post a Comment