Thursday, October 2, 2014

Can we eat to starve cancer?

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar semua. Cantik, sihat & segar sentiasa hendaknya. Baru-baru ini DS telah diberikan peluang untuk memahami bagaimana kita sebenarnya boleh bantu KEBULURKAN SEL-SEL KANSER yang berada di dalam tubuh badan kita. Menarik bukan. Jom tengok video ni dan baca sampai habis dan pahamkan. 



Info didalam video ini sangat menarik, dan berguna. Terima kasih pada sis Puteri dan bisnes partner beliau sis Bellarina atas usaha mereka berdua untuk menterjemahkan video ini.

Ok beberapa term penting yang anda kena faham dulu ialah:
1- Blood vessel = salur darah
2- Angiogenesis = proses pembentukan salur darah
3- Inhibitors = penyekat proses pembentukan salur darah
4- Stimulators = merangsang proses pembentukan salur darah

1- Pembentukan salur darah kita ni sangat magical, ianya boleh dirangsang dan disekat bila diperlukan. Contoh, bila kita luka di bahagian kulit, proses pembentukan salur darah akan dirangsang untuk baiki luka tersebut. Dan apabila luka sembuh, pembentukan salur darah disekat sebab dah cukup tugasnya untuk perbaiki tisu kulit kita. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan untuk rangsangan atau sekatan. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat perlu seimbang.

2- Masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu sedikit termasuklah luka lambat sembuh, penyakit jantung, strok, pre-eclampsia, rambut gugur, erectile dysfunction. Maknanya badan tidak boleh meransang pembentukan salur darah, maka terjadi lah masalah-masalah ni.

3- Masalah-masalah yang berkaitan dengan salur darah yang terlalu banyak termasuklah cancer, psoriasis, buta, arthritis, endeometriosis, Alzheimers, obesiti dan lain-lain akibat tubuh badan tidak mampu mengawal pembentukan salur darah.

4- Dan lebih menakutkan ialah, ketidakseimbangan ini (terlalu kurang atau terlalu banyak salur darah) 30-35% disebabkan oleh diet kita seharian. Di dalam video ini Dr. Li menekankan bagaimana diet boleh menyebabkan kita mendapat kancer dan kita sebenarnya memang "memberi makan" kepada sel kanser setiap hari, dan sel kanser membiak & semakin "sihat" dalam tubuh badan kita.

5- Dalam badan kita memang terdapat sel kanser, dan semakin kita tua, semakin mudah sel kanser dalam badan ditemui. Yang membezakan samada ia boleh jadi penyakit ialah cara diet kita seharian. Adakah kita makan untuk membuatkan sel kanser bertambah sihat, atau kita makan untuk buatkan sel kanser kita kebulur ?

6- Dalam video ini Dr. Li memberikan satu contoh sumber makanan yang boleh membantu didalam masalah ketidakseimbangan proses pembentukan salur darah kita (imbalance in angiogenesis), iaitu dengan makanan-makanan yang bersumberkan RESVERATROL yang tinggi seperti anggur merah. Dan ia membantu menyekat ketidakseimbangan (dalam hal kanser, terlebih pembentukan salur darah) tersebut sebanyak 60%! Begitu juga dengan strawberi dan ekstrak kacang soya.

7- Senarai makanan lain yang boleh kita makan untuk memastikan sel kanser kita "kebuluran" termasuklah blackberri, raspberri, blueberri, oren, grapefruit, lemon, epal, nenas, ceri, red wine, bok choy, kale, kacang soya, ginseng, maitake mushrooms, likuoris, halia, buah pala, artichokes, labu, timun laut, tuna, parsli, bawang putih, tomato, minyak zaitun, grape seed oil, dark chocolate dll.

Top 14 Anti-cancer superfruits (pic sources ; internet)


8- Pemakanan yang tidak sihat, membuatkan sel kanser bertambah sihat, lama kelamaan salur darah didalam tubuh badan menjadi tidak seimbang , ianya akan terlebih (bayangkan ia berakar tanpa henti), dengan itu semakin banyak laluan makanan ke sel kanser tersebut.

9- Jadi kita ada pilihan untuk KEBULURKAN sel-sel kanser kita, dengan menjaga keseimbangan pembentukan salur darah melalui deit yang sihat.

10- Setiap kali kita makan, tanya diri sendiri, adakah saya menggemokkkan sel kanser saya, atau saya mengkebulurkan sel kanser saya? "it's not what you eat, but what eat you inside"

11- Di Shaklee kami mempunyai produk yang mampu membantu dalam menghalang pembesaran kebanyakkan kanser. Hanya sehari sesudu Vivix (paling potent / paling tinggi untuk kandungan resveratrol) bukan sekadar awet muda, cantik, sihat & segar. Jom berusaha kebulurkan sel-sel kanser yang sememangnya ada didalam tubuh badan kita.

Vivix
Ok lah semua. Thanks for reading ya.

No comments:

Post a Comment