Assalamualaikum & hai semua. Ramai yang bertanyakan mengenai Bazaar Kemboja Pendang atau lebih dikenali sebagai PASAR KEMBOJA PENDANG . Masing-masing teruja sebab Pasar Kemboja dah berada lebih dekat di kawasan masing-masing. Nak ke lokasi asal jauh. Tambah-tambah yang berada nun di utara Tanah Air. So, ini peluang untuk anda yang suka shopping untuk terjah ke Pasar Kemboja di Pendang.
Apa yang ada di Pasar Kemboja Pendang?
Bila Pasar Kemboja Pendang beroperasi?
Kat mana Pasar Kemboja Pendang?
Macam mana nak ke Pasar Kemboja Pendang ?
Macam-macam soalan yang DS dapat. 1 husband 5 Wife menerjah ruangan komen di FB Diyana Sakura. Gara-gara meng'upload' gambar dibawah di FB. Ok lah semua. Stay tune..
Pasar Kemboja Pendang
Setiap hari Jumaat
7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Pasar Kemboja Pendang |
Pasar Kemboja telah memulakan operasinya di Pendang buat pertama kalinya pada Jumaat lepas 19 September 2014. Bertempat di Tapak Pekan Sabtu Pendang. Poster telah diletakkan dibeberapa kawasan strategik. Beruntungnya komuniti di Pendang. DS sebagai komuniti di Pendang turut berasa bertuah.
Bersebelahan dengan :-
- Pendang Lake Resort (dari Pasar Kemboja Pendang anda boleh nampak Pendang Lake Resort)
- Stesen Bas Pendang (antara laluan utama untuk ke Pasar Kemboja )
Poster Pasar Kemboja Pendang. |
Pasar Kemboja Pendang menawarkan pelbagai pilihan busana wanita. Tengok ni. Lawa kan skirt nih. Ada lace di bahagian tengah skirt. Walaupun DS bukan peminat skirt tapi dah terbeli jugak sehelai. Skirt seperti ini dijual dengan harga RM20 shj sehelai. Tauke kedai ni cakap promosi sempena hari pertama di Pasar Kemboja Pendang.
Skirt bersama lace. Sweet gituuu. |
Menariknya di Pasar Kemboja Pendang selain menjual pakaian wanita, terdapat juga penjual yang menjual lukisan tanpa warna "painting by number". Apakah lukisan tanpa warna. Begini, lukisan ini telah dilukis terlebih dahulu dan dimasukkan kod warna yang perlu digunakan. Kod ditulis menggunakan pensil supaya tidak mempengaruhi warna lukisan (rasanya lah hihi). DS dan adik terhenti di gerai ini setelah terlihat lukisan Totoro. Totoro adalah sebuah animasi keluaran Studio Ghibli. Antara animasi Jepun yang diminati oleh DS dan famili. Ok. Sambung ke tajuk asal Pasar Kemboja Pendang.
Totoro. Its 'painting by number' |
Di Pasar Kemboja Pendang banyak dijual baju blaus dan baju yang labuh (paras lutut). Busana Muslimah juga turut dijual disini dengan harga yang berpatutan.
Blaus labuh dan murah. |
Selendang dan berjenis-jenis tudung dengan pelbagai fesyen yang terkini turut dijual disini.
Shawl warna-warni. |
Suasana disini agak panas menjelang tengah hari. DS sarankan anda bawa payung terutama yang membawa anak-anak kecil. Sediakan juga air kosong bagi mengelakkan hidrasi.
Kaum lelaki pun datang juga kesini. |
Setelah penat berjalan di Pasar Kemboja Pendang DS dan adik-adik makan roti canai di gerai berhadapan Stesen Bas Pendang. Air. Semestinya air kosong. DS bertekad utk kurangkan pengambilan gula putih dalam minuman seharian. DS dan kawan-kawan mencabar diri untuk hidup tanpa gula selama 14 hari. Baru seminggu lebih so far so good.
Sebelum kesini DS dah ambil beberapa suplemen sebagai persiapan untuk marathon menerjah Pasar Kemboja Pendang. Semestinya suplemen keluaran Shaklee ♥ ♥ Ianya selamat, berkesan dan semulajadi.
sweet_enough_sugar_challenge |
Info tambahan : Pasar Kemboja Pendang dianjurkan oleh Koperasi Bumi Bakti Kedah Berhad dengan kerjasam Gerakan Belia 4B(M) Pendang. Boleh like & follow mereka di FB Bazaar Melayu Kemboja
Ok lah semua. Thanks for reading ya. Selamat bershopping di Pasar Kemboja Pendang. Lusa (Sabtu 27/9/14) DS berserta adik-adik dan mama akan menerjah Pasar Kemboja Parit Buntar pula.
No comments:
Post a Comment