Sunday, December 28, 2014

Hulurkan tangan ringankan bebanan.

Bantuan Mangsa Banjir [ Disember 2014]


Assalamulaikum semua. Saya kongsikan beberapa saluran bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Macam-macam cara untuk anda pilih. Tinggal nak laksakan shj.

SMS 
Bank in / transfer duit. 
Beri keperluan asas.
Bantu dari segi tenaga.

Pilih cara yang anda suka. Yang pasti mereka sangat memerlukan sumbangan & sokongan dari kita semua. Jom sama-sama bantu mereka.

1. MERCY Malaysia Flood Relief Fund.

FB Mercy Malaysia : https://www.facebook.com/MERCYMalaysia

MERCY Malaysia

2. Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM)

Laman web rasmi Suruhanjaya Kemanusiaan Komunikasi & Multimedia Malaysia : http://www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Tabung-Kemanusiaan-Komunikasi-dan-Multimedia-Malay.aspx

Sumbangan melalui SMS.

3. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Yayasan Ikhlas.

FB Ikatan Muslimin Malaysia : https://www.facebook.com/isma.malaysia

ISMA Malaysia.

FB Yayasan Ikhlas : https://www.facebook.com/yayasanikhlasmy

Yayasan IKHLAS

4. Aman Palestin.

FB Aman Palestin : https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

Aman Palestin.

5. i-Medik


I-Medik.

6. 1Malaysia For Youth (iM4U)

Laman web : http://www.im4u.my/

iM4U


7. Briged Bakti

FB Briged Bakti : https://www.facebook.com/brigedbaktipembina

Sumbangan melalui kreativiti.

8. IKIM.Fm dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM).

FB IKIM.Fm : https://www.facebook.com/ikim.fm
Laman web IAM : http://www.iam.org.my/
FB IAM : https://www.facebook.com/IslamicAidMalaysia



Warga Kedah & kawasan sekitar. Boleh kesini Pejabat ISMA, Taman Mahsuri (sebelah hotel Darulaman)



Semoga bermanfaat untuk semua. Jaga kesihatan diri & keluarga yer. Semoga Allah berikan ganjaran yang berlipat kali ganda untuk usaha & bantuan derma anda semua.

Thursday, December 18, 2014

Resipi Overnight Oats sihat & berkhasiat.


Resipi Overnight Oats
Bahan-bahan yang diperlukan.

Assalamualaikum & hai semua.. Sedapnya Overnight Oats ni. Haaa tetiba kan.. Dah terasa hujung-hujung lidah nih. Aduss.. Super duper yummy!! Tambah-tambah bila letak buah-buahan segar. Belum terlambat rasanya untuk DS kongsikan resipi kan. Bak kata omputih "better late than never". Ok lah. Nak tahu cara buat Overnight Oats yang berkhasiat tak?

Tak perlu masak.
Tak perlu gula.
Jimat gas.

Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti di atas dan semestinya sebuah peti ais. Penyediaan Overnight Oats  ni senang & ringkas. Yang bujang dan nak sarapan berkhasiat highly recommended untuk cuba Overnight Oats ni.

Langkah 1.
Bancuh serbuk protin dengan susu dahulu. Supaya bahan-bahan sebati dan rasanya adalah sekata. Serbuk protin pilihan DS tentunya ESP keluaran Shaklee .

Resipi Overnight Oats
1 sudu besar serbuk protin bersama 1/2 cawan susu segar.

Langkah 2.
Masukkan yogurt perisa asli dan kacau sebati. DS guna yogurt jenama Marigold.
Resipi Overnight Oats
2 sudu kecil yogurt asli.

Langkah 3.
Kemudian masukkan secubit serbuk kayu manis dan juga garam. Tabur ala-ala chef taw. Pastu walla. Kita rasa sedikit campuran yang dah berjaya dikacau sebati. Selalunya pada peringkat ini DS akan rasa sikit hujung-hujung sudu. Bila rasanya dah ok dan sebati barulah 'proceed' dengan bahan seterusnya. Kalau tak nak rasa pun boleh jer. Optional shj.
Resipi Overnight Oats
Serbuk kayu manis dan garam.

Ok. Setelah siap proses pertama boleh go on dengan bahan yang seterusnya. DS suka campurkan bahan-bahan yang di atas supaya Overnight Oats tu mempunyai rasa yang seimbang. Kayu manis tu utk rasa yang lebih ngam & fancy. Garam pula utk membangkitkan lagi rasa lemak pada susu. Yogurt pula sebab nak 'complete' resipi. Di oversea dorang suka letak yogurt, so DS pun letak lah huhu. Anyway yogurt is good for our digestive system and also for our tummy. Orait, lets continue..

Langkah 4.
Masukkan 'chia seed' yang telah direndam sehingga kembang. DS guna air panas sebab nak cepatkan proses pengembangan incik Chia. Guna air pada suhu bilik pun boleh.  Boleh juga masukkan 'chia seed' yang kering terus kedalam bahan-bahan yang telah dikacau sebati. Dua-dua kaedah pun ok. Untuk 'chia seed' DS guna 'organic chia seed' yang dibeli di outlet Cosway. 
Resipi Overnight Oats
2 sudu kecil 'chia seed' yang telah direndam terlbih dahulu.

Langkah 5.
Masukkan 'rolled oat' dan kacau sebati. DS suka guna jenama Pristine. Penggunaan oat dari jenis 'rolled oat' ni pun optional juga. Kalau korang nak guna oat dari jenis 'instant oat' pun boleh juga. Cumanya kurang ummmphh lah kan. Sebab resipi asalnya adalah menggunakan 'rolled oat'. Resipi yang DS gunakan adalah resipi asas KERF.
Resipi Overnight Oats
2 sudu besar 'rolled oat'.
Langkah 6.
Masukkan buah-buahan kegemaran anda dan kacau sebati.. Proses terakhir adalah mengembunkan Overnight Oats yang telah siap dikacau sebati ke dalam peti ais. Boleh makan keesokkan paginya sebagai sarapan pagi. Overnight Oats yang dah dikeluarkan dari peti sejuk perlu dimakan segera. Kalau korang biarkan lama-lama kat luar Overnight Oats ni akan basi. Kalau nak makan untuk 2 kali pastikan korang ambil separuh dan separuh lagi cepat-cepat simpan balik dalam peti ais.

Haaa amacam? Senang jer kan.. 
Resipi Overnight Oats
Masukkan buah kegemaran anda.
Nota : Jika anda menggunakan gabungan 'dry chia seed' dan buah-buahan kering, lebihkan sedikit susu segar supaya Overnight Oats anda tidak terlalu padat.


Bagi yang kurang masa untuk follow Langkah 1 - Langkah 6 boleh cuba cara yang kat bawah ni.

Resipi Overnight Oats


Boleh rujuk sini ► http://www.katheats.com untuk Basic KERF recipe.

SELAMAT MENCUBA.

Sunday, November 9, 2014

Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat @ Parit Buntar

29/10 2014. DS bersama adik-adik dan ibu telah mengikuti rombongan ke Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Atau lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar.

Perjalanan dari rumah ke Pasar Kemboja Parit Buntar memakan masa hampir 1 jam 30 minit. Tepat jam 7pagi kami dan rombongan berkumpul untuk menaiki bas. Dah lama tak berombongan Cik Kiah ni. Selalu zaman sekolah dan uni shj rombongan Cik Kiah ni. Sambil menikmati pemandangan didalam bas sambil makan bekalan pasta goreng yang di bawa. Tak lupa juga Cinch TeaMix untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Supaya marathon dengan lebih bergaya. Hahaha. Lol.
Hasil gorengan awal pagi.

Dah sampai dah. Syokkkkk nyaa.. Jom turunnn.. Sambil mata jeling-jeling kat tingkap bas tengok kain pasang.
Semua tak toleh belakang dah !

Checkpoint pertama. Hihihi. Di Pasar Kemboja Parit Buntar ini tiada tandas awam. Pasar Kemboja Parit Buntar beroperasi di celah-celah rumah penduduk di sini dan juga berhampiran dengan jalan.
Tingat zaman dolu-dolu.

Check point kedua. Cantik tak baju kurung dibawah ni. Baju kurung kain pelikat mangga katanya. Yang belum jahit pun ada dijual aka kain pasang la kan.
Baju kurung kain pelikat mangga.

Check point ketiga. Tudiaaa.. Sampai terduduk pilih baju. Selesa katanya kalo duduk .. Senang nak memilih. Rambang mata okeh. 3 helai RM50. Boleh mix. Ada jubah dan juga blaus. Tudung pink tu adik DS. DS tukang 'snap' gambar, lepastu sambung dorang semua duduk dan pilih apa yang berkenan di hati.
Pilih pilih.. 3 helai RM50.

Check point keempat. Singgah di gerai yang menjual pakain untuk si jejaka. Sekadar singgah sahaja. Tak membeli pun. Yang pasti bermacam design ada untuk dipilih. Sediakan RM sahaja.
Jubah lelaki

Check point kelima. Gerai menjual busana muslim. Banyak juga gerai yang menjual baju untuk lelaki berbanding di Pasar Kemboja Pendang. Jadi, kaum lelaki tak perlu dah risau kebosanan.
Busana muslim.

Sampai di sini (gerai telekung) DS dah tak ingat dah check point yang ke berapa. Yang pasti gerai disini banyak dan harga yang ditawarkan memang agak rendah dari yang ada di jual di pasaran sedia ada. Singgah di gerai telekung. RM45 sahaja. Teringat pula hari pertama di Pasar Kemboja Pendang. 3 pasang telekung design ini RM100. Promosi sempena pembukaan Pasar Kemboja Pendang katanya.
Telekung lace pelbagai design dan warna.

Fuhh penat betul berjalan. Syukur ada beberapa gerai makan disini. Dah penat berjalan kita makan dulu.. Makan berdua shj dengan ibu tercinta. Adik-adik dah hilang dalam ramai.
Makan sekadar lapik perut sahaja.

Omaiiigad. Gerai ini walaupun sangat kecil berbanding yang lain amatlah memukau hatiku. Ewahh.. Bermadah pulak kan.. Its AJ everyone. RM20 sehelai di gerai ini.. Kata usahawan di gerai tudung bawal AJ lain dari yang lain. Bidang lebih besar, 48". Bidang yang lebih besar boleh cover aurat dengan sempurna. Ker semua AJ memang bidang besar?
Bawal AJ.

Di sini terdapat banyak gerai yang menjual tudung berawning begini. Bermacam paten dan warna dengan harga yang amat menarik. Adik DS pernah beli dan harganya sedikit murah dari yang ada di pasaran. Pembelian secara borong akan menikmati harga yang lebih jimat. Ewahhh dah macam peniaga pulak kan. Iklan free. Hihi.
Rambang mata.

Singgah di sini. Belikan baju untuk baba. Oh ya. Di Pasar Kemboja Parit Buntar ini juga ada dijual baju lelaki yang diperbuat dari kain pelikat dengan design seakan baju kurung kain pelikat mangga.
Baju lelaki.

Sayup mata memandang. Sedar sedar dah jauh kami berjalan rupanya. Berpeluh-peluh dah macam lari marathon rasanya. Takper, dah minum Cinch TeaMix tadi. Marathon bergaya gituu. Tak perlu sediakan air panas. Air dari botol mineral pun boleh. Ringkas, mudah & ENERGETIK !
My Energy Drinks!!

Yesss!! Marathon bergaya.. 

Dah hampir ke penghujung Pasar Kemboja Parit Buntar. Ada pula pasar borong & runcit. Bukan kedai runcit yer. Peniaga di Pasar Borong & Runcit ini menjual kain pasang dari Indonesia dan juga beraneka pakaian. Cantik-cantik dan kualiti pun bagus. Dan juga ada tandas di dalam kawasan ini. Kebanyakkan tandas disini adalah tandas kepunyaan tuan rumah yang berhampiran.
Tandas untuk  kemudahan pengunjung.

Di gerai Pasar Borong & Runcit ni juga ada menjual baju kurung kain pelikat mangga. Adik DS beli dengan harga RM60 sepasang. Tapi bukan warna ini. Warna yang di beli biarlah rahsiaaa.. Shhhh.
Baju Kurung Kain Pelikat Mangga RM60

Terpukau dengan gerai kain pasang dari Indonesia ini. Sulaman kemas dan juga cantik. Harga?? Seperti dalam gambar di bawah RM65 sahaja.
Kain pasang dari Indonesia.

Di hujung Pasar Kemboja ini ada restoran. Menyajikan santapan tengah hari untuk pengunjung Pasar Kemboja. Juga disediakan parking untuk para pengunjung ke restoran mereka.

Restoran.


Sebahagian hasil borongan. Puas hati membeli di Pasar Kemboja. Dengan RM200 macam-macam boleh beli. Patutlah ramai yang suka.
Hasil borongan.

Kepenatan bersama hasil borongan kami berempat. Marathon bergaya gituu. Powered by Cinch Tea Mix. Base on track record DS, kalo berjalan setengah hari memang cepat flat. Alhamdulillah dengan bantuan Cinch Tea Mix kekal bertenaga. Yessss. Barulah boleh shopping dengan senang hati.
Penat yang indah hihi.

Sewaktu balik, hujan lebat membasahi bumi Parit Buntar. Eh belum balik lagi. Rombongan akan ke destinasi seterusnya. Stay tune..

Alahai.. Sian..

Hujan.

Habis basah hasil jualan.

Tadaaaa. Inilah destinasi kami yang seterusnya. Zoo Taiping. Sebelum itu ke Burmese Pool bawa anak-anak kecil mandi-manda. Yang dewasa jadi peneman sahaja. Kami berempat bawa bekalan makanan tengah hari. Sempat makan di Burmese Pool sebelum ke Zoo Taiping. Di Zoo Taiping ini juga ada disediakan surau utk keperluan pengunjung yang beragama Islam. Surau berada di luar Zoo Taiping. Berhampiran dengan pintu masuk utama.
Kami berempat.

Rasanya dah berpuluh tahun tak masuk zoo. Kali terakhir masuk zoo umur 5 tahun kot. Seronok rupanya masuk zoo. Anak-anak kecil yang peling gumbira dan teruja. Hahaha. Sebenarnya DS dan adik-adik pun teruja jugak. Hihihi.
Aku, zirafah dan ...

Selepas ke Zoo Taiping destinasi seterusnya adalah kedai RM2 yang spesel. Satu hala dengan jalan balik.  Menurut salah seorang ahli rombonga kedai RM2 ini spesel & unik. Tak silap nama kedai tu ECO. Destinasi terakhir adalah Pendang. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Sebelum balik singgah di RnR Gurun untuk bersolat.

Ok semua. Terima kasih sudi singah blog DS. Semoga sentiasa Cantik, Sihat & Segar. Assalamualaikum & have a good day ahead.

Wednesday, October 29, 2014

Pasar Kemboja Pendang bakal diteruskan.

Assalamualaikum.
Ramainya yang tanya? So DS kepilkan info yang DS dapat ni. 
Semoga terjawab persoalan yer. 
Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi mereka di FB Bazaar Melayu Kemboja
Ada apa kat Pasar Kemboja Pendang ni? Rujuk SINI

Suasana di Pasar Kemboja Pendang.
Oklah semua. Terima kasih sudi singgah blog DS.
Next DS akan kongsikan mengenai Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat 
atau lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar.

Sumber info : FB Bazaar Melayu Kemboja

Thursday, October 23, 2014

2 aktiviti fizikal untuk tambah berat.

A Journey to IDEAL WEIGHT #3


Orait. Seperti yang dijanjikan di dalam siri A Journey to IDEAL WEIGHT yang lalu DS dah janji nak kongsikan aktiviti fizikal yang DS buat selama setahun yang lalu. Here we go.. 

Aktiviti Fizikal 1 - SENAMAN

Bercakap tentang aktiviti fizikal, DS ada praktikkan beberapa senaman untuk membantu tubuh FIT sepanjang misi tambah Berat Ideal. WAJIB tau senaman walaupun tubuh anda kurus / underweight. Gambar dibawah adalah contoh-contoh senaman yang DS praktikkan sepanjang misi tambah berat. Paling best jumping jack aka lompat bintang. Wall sit pun best. Ahaa yang paling "best" push-up & abdominal crunch.. Sebenarnya "best" sehingga tak terbuat pun. Hihi.. Lol.

Pic from Google search.

Kenapa perlu bersenam walaupun kurus + underweight?

Soalan diatas DS paling suka. Sebab ramai yang beranggapan kurus + underweight tak perlu bersenam. Kata mereka kalori akan dibakar dan tubuh akan kekurangan kalori harian seterusnya berat akan semakin berkurangan bukan bertambah.

Bila kita bersenam sebenarnya kita sedang membantu tubuh membina otot bukan lemak.

Ingat tau konsep ni --> NAK TAMBAH OTOT bukan lemak. 

Korang nak ke dapat berat ideal tapi lemak penuh sana-sini. Lengan lembik!! Perut buncit!! Sebab penuh lemak!! Tak nak kan. Jadi wajib bersenam ok. Ehh tetiba plak emo ni. Haha.. Bukan emo.. Nasihattt. Ok back on track.  Berapa kali nak bersenam. 

Min - 1 kali seminggu.
Max - 3 kali seminggu.

Dengan bersenam kita dah bantu tubuh untuk membina otot dan menyingkirkan lemak yang tidak perlu dari dalam badan kita. Barulah berat ideal + tubuh fit!!

DS paling suka bersenam seminggu sekali. Kadag-kadang terlebih rajin selepas subuh DS dah bersenam dalam rumah. Selalunya DS bersenam dalam masa 15 min sahaja setiap sesi. Hati-hati yer bersenam. Mulakan dengan warm up dan buat senaman ringkas dahulu. Selalunya kalo stat lepas subuh DS berjoging keliling rumah shj. Kalau guna pic kat atas tu DS buat setiap hari Jumaat (sebab hari cuti, boleh bersenam lama skit. Lama tu 30 min jer hihihi). Kadang-kadang x set pun masa. Janji keluar peluh dan badan rasa ringan DS stop.


Waktu mula-mula bersenam memang penat tau. Tubuh belum dapat biasakan diri. DS bermula dengan senaman yang mudah sahaja. Lebih kurang sebulan juga DS hanya joging sahaja. Kenali kemampuan tubuh anda supaya tak berlaku kecederaan yang serius akibat bersenam. Oklah. jom zassss untuk aktiviti fizikal yang ke 2. Korang pasti sukaaaa..


Aktiviti Fizikal 2 - MAKAN.

Tersenyum lebarrrr yer. Suka bila DS tulis makan yer. Nak makan pun ada syarat-syarat tau. Bukan makan sesuka hati. Makan dengan ilmu. Ingat lagi konsep tadi. Yup TAMBAH OTOT bukan lemak turut diguna pakai dalam aktiviti Fizikal no 2 ni. 

1. Banyakkan makan di waktu petang ke malam - DS pernah terbaca, makan di waktu ini sangat membantu dalam proses penambahan berat badan kerana metabolisma lebih rendah pada waktu ini. Antara masalah utama mereka yang kurus / underweight adalah metabolisma yang tinggi. Sejauh mana kebenarannya tidak lah DS diketahui. Yang pasti DS amalkan makan malam dan perbanyakkan pengambilan kalori di waktu ini dan ianya sangat membantu.


"Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa orang-orang yang makan selepas pukul 8 malam mempunyai Body Mass Index (BMIs) yang lebih tinggi daripada orang yang tidak mengunyah pada waktu malam, walaupun mereka tidak makan lebih banyak jumlah kalori setiap hari. Para penyelidik mengenal pasti banyak faktor dan masa adalah satu-satunya yang berkait rapat"


Antara pilihan snek di malam hari (sekali-sekala jer yer)
2. Pilih makanan berkhasiat - Pastikan anda makan makanan yang sihat. Elakkan pengambilan fast food, minuman bergas & junk food secara berlebihan. Walaupun ianya membantu menaikkan berat badan kerana jumlah kalori yang tinggi, ianya adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak sihat untuk tubuh anda. Kesan jangka panjang agak menggerikan. Silap haribulan anda mungkin obes di hari tua anda atau mungkin juga bakal tua sebelum waktunya. Sekali-kala boleh jer.

3. Makan protin - Protin adalah blok binaan asas bagi pembinaan kehidupan. Protin diperlukan bagi membina sel baru didalam tubuh. Pembentukkan tubuh manusia terdiri daripada ASAS ini. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

Beef meatball bersama sayur-sayuran. Antara sumber protin yang sangat sedap.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> TUBUH

Antara sumber protin adalah daging, ikan, telur, susu, kekacang dan lain-lain. 

 4. Cukupkan keperluan kalori harian anda - Pastikan kalori harian anda cukup untuk menaikkan berat badan ke arah BERAT IDEAL. Bila bercakap mengenai kalori bermakna anda harus tahu cara untuk mengira kalori atau sekurang-kurangnya tahu makanan yang diambil mempunyai sekian-sekian kalori. Antara masalah lain bagi si kurus / underweight adalah pengambilan kalori yang tidak cukup untuk kenaikkan berat badan mereka. 

Contoh : Untuk menaikkan berat sebanyak 3 kg, dengan BMI 18 anda perlukan sekurang-kurangnya 1,640 kCal setiap hari. Untuk info kalori yang diperlukan oleh seorang perempuan yang mempunyai BMI normal adalah 1,500 kCal . Jumlah kalori yang diperlukan untuk menaikkan berat badan adalah berbeza mengikut berat dan BMI.

Alamak, macam mana nak kira kalori ??

Tak perlu runsing. Zaman IT semuanya di hujung jari kan. DS install apps  --> MyFitnessPal . Bagi yang tiada sambungan internet di telefon bimbit boleh juga log in menggunakan PC . Sahabat DS Puteri Hafiza yang sarankan.


GAIN weight with myfitnesspal.

Apps nih sangat best .
  • Bantu kita makan mengikut kalori yang sepatutnya untuk naikkan berat yang tertentu. 
  • Fungsi bar code scanner utk memudahkan key in  data makanan yang dimakan. 
  • Alarm / alert utk remaining calory intake.
  • Bantu kira jumlah kalori harian yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh.
  • Boleh masukkan jumlah kalori mengikut resepi kita sendiri dan save untuk kegunaan masa hadapan.
Key in data untuk kalori Overnight Oats.


5. Makan sarapan pagi - Sarapan pagi sangat penting untuk memberikan tenaga kepada tubuh.Orang yang makan sarapan pagi lebih sihat berbanding mereka yang tidak bersarapan. Ini adalah kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tidak bersarapan dan anda akan lebih cepat berasa lapar.

Ok. Sekian sahaja perkongsian untuk kali  ini.
Next will be A Journey to Ideal Weight #4 .
DS akan bongkarkan rahsia DS tambah berat dengan produk Shaklee..
Jangan risau, produk ini tanpa steroid. Ianya selamat, berkesan & semulajadi.

Last but not least. DS nak tiupkan semangat berjuang kat korang yang kurus / underweight diluar sana. Chayok!! Chayok!!!

Make it HAPPEN
DREAM it.
PLAN it.
WORK for it.

U can do it.