Saturday, June 14, 2014

Tips bermasker.

"Peel off mask"

Pernah dengar "peel of mask" tak? Masker jenis ini perlu betul-betul kering di kulit wajah anda. Supaya senang nak tarik keluar mask tu nanti. Bila tarik akan keluar white head, sel kulit mati & blackhead. InshaAllah.

Jika anda gemar mengenakan masker pada malam hari, seeloknya buat beberapa jam sebelum tidor. Bagi sapuan yang tebal perlukan masa yang agak lama (30-60 minit) untuk benar-benar kering. Untuk sapuan nipis memadai 15-30 minit sahaja. 

Kenapa beberapa jam sebelum tidur? 

Bagi mengelakkan anda tertidur bersama-sama masker. Esok bangun pagi muka keras dan ter'over' tegang pulak!!!

Tapi saya suka jer tidur bersama-sama masker tu. Sebelum tidur lapik kain supaya tak kotorkan bilik tidur.

Ramuan utama masker buatan sendiri.

Cadangan peel-off mask cara saya : 

1. cuci muka sebelum mengenakan masker muka anda. Pastikan muka anda bebas dari 'make up' dan bahan-bahan lain. Seeloknya cuci muka dengan air suam. 
2. ambil sesudu kecil ESP dicampurkan bersama air kosong dan kacau sebati.
3. sapukan di wajah dan biarkan selama 10 - 15 minit (sapuan nipis) 30 - 60 minit (untuk sapuan tebal)
4. selepas itu bolehlah dibasuh dengan air suam  (saya gunakan rangkaian produk penjagaan wajah keluaran Shaklee.)

Nak cuba dengan tambahan lain pun boleh. Saya pernah guna AVOCADO. Saya gelarkan masker nih "masker incredible hulk" sebab berwarna HIJAU. Anda juga boleh tambah dengan bahan-bahan yang ada di rumah anda seperti serbuk kulit kayu manis, pegaga, tomato, yogurt asli dan lain-lain. 

Masker ESP bersama Avocado
Masker dengan Avocado paling best. Sebab feeling duk kat SPA okeh. Dan semestinya sebab harga sebiji Avocado yang agak woww.. Saya beli di Mydin. RM5.90 sebiji. Boleh rujuk gambar di bawah untuk cara-cara nak buat masker "incredible hulk".





Resipi masker muka "incredible hulk"

Selain peel off mask, saya juga suka gunakan VIVIX sebagai masker. Saya panggil 'wash off' mask. Dengan Vivix saya hanya campurkan air kosong dengan setengah sudu kecil Vivix sahaja. Pastu tempek jer kat muka. Dalam 10 minit bilas dengan air biasa.


Masker Vivix
♪  ♫  ♪  ♪ SELAMAT MENCUBA ♪  ♫  ♪  ♪

No comments:

Post a Comment