Puasa tahun ini DS ada hobi baru. Menulis di FB sendiri dengan hashtag DramaRamadhan. Ni bidan terjun shj. Tetiba terasa nak menulis. By the way, #DramaRamadhan ni dah masuk episod ke - 3. So, DS compile dalam ni utk rujukan masa hadapan. Kot2 ada yang berminat nak beli dan buat drama kan. Haha. berangann. Sila jangan muntah hijau. Hihi.
Ok. Here we go. Kompilasi Drama Ramdhan dari episod 1 hingga 3. Enjoy!
_________________________________________________________________
Drama Ramadhan
Episod 1
'Kakak, pukul 7 nanti goreng popia yer'..pesan mama.
"Baik mama. Pesanan diterima" sambil tersenyum menyiapkan gulungan popia yang terakhir.
Setiap hari begitulah rutin Tania. Hanya mampu membantu menyiapkan kuih-muih ringkas sahaja buat santapan berbuka. Menu utama berbuka seringkali sudah siap terhidang di meja setiap kali Tania pulang dari kerja.
Episod 2
'Haaa.. Buat apa tu? " sergah mama
.
Klik. Klik. Klik. Tania membetulkan hasil gorengan popia.
"Kita tengah 'shoot' foto popia lah mama. Kita nak post di FB. Ramai yang tunjuk hasil air tangan dorang kat FB. Kita pun nak juga" balas Tania.
'Eh. Tak baik tau tunjuk gambar makanan bulan puasa ni. Kesian pada yang mengidam, pada yang duduk di perantauan tu lagi lah. Cukuplah sekadar kakak simpan untuk diri sendiri. Kalau nak kongsi juga boleh.... kongsi gambar tu lepas habis bulan puasa ".
Tania diam seribu bahasa. Hasratnya terpaksa dilupakan sehingga hari raya ini. Tania berfikir semula serta merenung kata-kata mama.
"Tania.. Tania.. Ko tak kesian ker pada semua yang bakal nampak foto popia rangup ko dengan warna keemasan ni. Hai la popia. Aku simpan jerlah foto ko ni yer" Tania bercakap seorang diri.
Tiba-tiba...
Episod 3
"Dah kenapa cakap sorang-sorang ni? Kakak sihat ker tak ni? Haaa ni mesti teringat orang jauh kan" adik lelaki Tania, Hazim muncul secara tiba-tiba dengan tersengih penuh makna.
'Eh eh budak nih. Banyak lah orang jauh. Ni ha tengah puji diri sendiri pasal foto popia yang rangup lagi sedap nih' Tania menunjukkan foto yang telah diedit kepada Hazim.
"Ek eleh kakak ni. Popia jer pun. Ingatkan apa tadi. Hazim nak tanya kakak ni. Raya tahun ni nak buat kuih apa? Dah ada list tak? Selalu kan kakak dah buat list sebelum Ramadhan kan. Berapa jenis kuih tahun ni? Kuih tradisi famili kita wajib tau kakak" Hazim bercakap tanpa henti dengan nada menyakat.
Tania tersenyum kelat. Masih memikirkan kuih raya untuk dihidangkan kepada sanak-saudara dan para tetamu. Tahun ini mungkin agak berbeza. Tania sedikit sibuk dengan urusan di pejabatnya. Kekangan masa dan 'mood' buat kuih raya belum kunjung tiba.
Bersambung.......
Ni ker popia yang Tania goreng tuh? Entah.. Hihi. |
HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 WA, Telegram, Sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.
No comments:
Post a Comment