Sunday, July 12, 2015

Betul ker Pasar Kemboja Pendang buka sampai jam 12 tgh malam ?

Assalamualaikum & hai semua. Mesti tengah kalut dengan persiapan Hari Raya yang bakal tiba kan. DS nak kongsi sedikit info dari FB penganjur Pasar Kemboja Pendang.

Almaklumlah. Ramai sangat yang kuciwa sebab Jumaat lepas tak sempat shopping kat Pasar Kemboja Pendang. Fuhhh dasyat jugak kan aura Pasar Kemboja Pendang ni. Paling best sebab ada bawal AJ.. Tapi DS tak beli pun. Sebab tak masuk list. Baik tak? Baik tak?

Jumaat lepas Pekan Pendang sesak yer. Jam baru pukul 7 pagi. Tapi Pekan Pendang dah macam Hari Raya. Pekan Pendang selalunya memang sesak setiap kali raya. DS dan famili pun turut menyesakkan diri bersama pengunjung Pasar Kemboja Pendang. Ingatkan pengunjung macam hari biasa la kan. Skali ramai daaa. Semuanya berlumba-lumba nak setelkan persiapan untuk Hari Raya yang masih berbaki hanya beberapa hari lagi. So, apa info yang penting sangat DS nak kongsi. Haha. Lupa pulak kan. Boleh baca info dibawah yer. Buat semua yang kuciwa "tak tarah nak duk" bak kata orang Kedah konpom lah suka dengan info ni.

__________________________________________________________

Pasar Kemboja Pendang beroperasi seperti biasa setiap hari Jumaat dari jam 7:00 pagi sehingga 1:00 ptg. dan 2 hari terakhir (tambahan) sebelum Raya dari jam 7:00 pagi sehingga 12:00 mlm, dapatkan pelbagai pakaian lelaki dan wanita dgn harga borong dan runcit sempena jualan perayaan Aidilfitri.



Sumber : FB Bazaar Melayu Kemboja

HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 WA, Telegram, Sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

No comments:

Post a Comment