Wednesday, March 11, 2015

Tambah berat dengan Shaklee - [part #1]

A Journey to IDEAL WEIGHT #4

Setahun adalah masa yang DS ambil  bagi mendapatkan BERAT IDEAL. Bukan main lama lagi yer. Orang lain dalam masa sebulan dah naik berkilo-kilo. Tak per.. DS kan orang yang sabar . Nak tambah berat atau naikkan berat >> disiplin adalah wajib. Kena bersungguh-sungguh. Ingat balik kenapa nak BERAT IDEAL? Kadang-kadang bila kita cakap nak BERAT IDEAL kita selalu tipu diri. Ini berdasarkan pengalaman DS sendiri. DS nak sangat BERAT IDEAL dan ada 3 sebab utama secara peribadi. Boleh rujuk entry ni --> A Journey To Ideal Weight #2 . Selama setahun DS buat analisa serta try & error utk program tambah berat dengan produk-produk Shaklee. Panjang pulak membebelkan.

Oklah, DS bahagikan perjalanan TAMBAH BERAT DS dengan Shaklee kepada 3 Fasa penting.

Part #1 - Beri nutrisi yang betul untuk badan.

Part #2 - Tambah berat dgn selamat & bijak.

Part #3 - Kekalkan berat badan.

Untuk entry kali ini DS hanya akan sentuh Part #1 sahaja. Setahun punya cerita haruslah korek info yang lepas-lepas supaya lengkap untuk panduan anda semua. Bagi yang serius nak dapatkan berat ideal terutama yang underweight, boleh rujuk entry dengan label A Journey to Ideal Weight. Ekslusif utk anda yang 'underweight'.

Part #1 - Beri nutrisi yang betul untuk badan.


Permulaan TAMBAH BERAT dengan Shaklee DS ambil trio ini (rujuk gambar dibawah). Jom tambah berat dengan berikan nutrisi yang sepatutnya pada diri anda. Learn from the expert! Haa gitu. Secara logiknya jika dalaman kita sihat serapan nutrien bertindak lebih efisien & efektif. 'Nutrien gap' untuk individu yang 'underweight' kadang-kadang terlampau besar.

Antara sebabnya utama adalah pengambilan kalori yang kurang nutrisi.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengambilan kalori yang kurang nutrisi? Contohnya seperti pengambilan makanan segera, junk food (yg ni tinggi kandungan kalori tapi kurang nutrisi), air ber gas  dll. InshaAllah ada kelapangan DS huraikan bab makanan yang berkalori tinggi dan sihat. Apakah nutrisi dari Shaklee yang DS amalkan untuk fasa pertama?

Ini trio yang DS ambil sepanjang fasa pertama.

1. B-Complex (with folic acid)
2. Meal Shakes (french vanilla)
3. Vita-Lea (with iron fomula)


Tambah berat dengan Shaklee
Fasa pertama tambah berat. Lets go!!


1. B-Complex

Kenapa B-Complex penting untuk tambah berat?

Si kurus / underweight KURANG MAKAN bila stress. Ini apa yang DS sendiri lalui setelah bertahun lamanya. Bila stress memang kurang makan. Berat tak mungkin bertambah jika anda kurang makan!

Ramai kan yang ada masalah macam ni. Apa DS buat adalah » ambil B-Complex. DS pilih jenama Shaklee. Pengambilan B-Complex bukan untuk tambah selera yer sayang-sayang semua. Ramai yang kurang jelas tentang ini. Jika benar B-complex bantu tambah selera, pastinya ramai rakyat Malaysia obese gara-gara makan B-complex.

Habis tu apakah kegunaan B-complex dalam program tambah berat?
Bagus soalan tu. DS suka sejuta kali.

Pengambilan B-complex adalah untuk membantu tubuh badan & minda anda sentiasa dalam normal mood  dan juga elakkan mood yang tidak baik. Ala-ala "mood stabilizer" la.

"Bila mood tip top selera makan pun tip top juga"

Ianya juga menukarkan makanan kepada TENAGA dengan efektif. Bila makanan ditukarkan kepada tenaga, risiko untuk tambah berat bukan lemak akan tercapai.

Pernah dengar tak kes ni --> kurus tapi kolestrol melebihi paras yg sepatutnya. Ini kerana makanan tidak ditukarkan kepada TENAGA dengan efektif. Sebaliknya bertukar menjadi bentuk yang lain. Samada lemak di tubuh mahupun kolestrol dalam darah. Dapat berat ideal + dapat sakit @ berat ideal + sihat. Anda pilih yang mana?

Selain bantu kekalkan mood yang normal, B-Complex keluaran Shaklee adalah sedikit berbeza dengan jenama yang lain. Secara peribadi DS suka sebab :

  • Mood sentiasa terkawal - ini adalah disebabkan fungsi vitamin B12 yang membantu menjaga saraf. Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.  Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.

  • Berkesan - sejak amalkan B-complex dari jenama Shaklee istilah sakit kepala macam dah terdelete secara automatik dalam sistem DS. Suatu ketika dahulu DS juga merupakan pengidap migrain dari jenis klasik. Walaupun migrain dah hilang, sakit kepala shj yang masih suka nak menziarah dalam sistem badan DS ni. Alhamdulillah B-complex dari jenama Shaklee memang best. Mood pun terkawal. Kadang-kadang sakit kepala jugak, selepas upgrade dos B-complex alhamdulillah ok. Sebelum ini memang DS dah amalkan nutrisi yang mengandungi B-complex dari jenama lain.

  • Murah - Sebiji tak sampai pun 50sen. Itu harga runcit. Kalau korang jadi ahli lagi murah. Dahlah murah dapat vitamin dari syarikat nutrisi yang dah bertapak 50 tahun di pasaran dunia!
tambah berat dengan Shaklee
My mood stabilizer.


2. Meal Shakes

Apa fungsi Meal Shake dalam program TAMBAH BERAT?

  • Memberikan nutrisi yang lengkap untuk badan dalam bentuk minuman.
  • Bantu tambah / naikkan selera makan (ini adalah berdasarkan pengalaman DS sendiri)

Orang yang kurus / underweight ni kadang-kadang dorang susah sangat nak makan kalori yang mencukupi dan sihat. Bila kurang makan kalori, secara automatik berat pun tak bertambah. Macam tak kena jer 'makan kalori' Haha.. Tukar ayat sedap sikit. PENGAMBILAN KALORI. Haa kalau pengambilan kalori kurang macam mana nak tambahkan berat? Pengambilan kalori yang tepat amat penting. Untuk tambah berat badan, kalori adalah berbeza bagi setiap individu. Boleh rujuk SINI untuk kaedah pengiraan kalori harian anda supaya mudah untuk anda pantau pengambilan kalori harian dengan tepat! Pssss kenaa baca entry tu sampai habis yer. Sebab kisah kalori tu berada di hujung-hujung entry tu. Jangan miss ok.

Tambah berat dengan Shaklee
MealShake dgn rasa 'french vanilla'

Jom sambung balik kisah tambah berat dengan Shaklee ni. Ingat yer. Misi kita adalah memberikan nutrisi yang betul pada badan. Ada yang tertanya-tanya.

"minum MealShake selera makan BERTAMBAH, betul ker? Kenapa ada sesetengah orang minum tak bertambah pun selera"

Suplemen keluaran Shaklee adalah dari sumber yang SEMULAJADI. Setiap orang akan mengalami kesan yang berbeza. Pernah dengar perkataan "healing crisis" tak? Inilah yang terjadi kepada kebanyakkan individu underweight sebenarnya. Selera makan bertambah selepas pengambilan suplemen adalah sejenis 'healing crisis' yang memberi petanda sel-sel dalam badan sedang diperbaharui. Atau dengan kata lain badan korang tak sihat aka sel-sel dalam badan kurang sihat. Tu sebab berat susah nak naik. Bila badan tak sihat serapan nutrisi akan jadi sedikit loose. Ada kan yang makan banyak tapi mashaAllah masih susah naikkan berat badan. Di sinilah peranan MealShake sebenarnya. Bantu naikkan nafsu makan dan seterusnya memberikan nutrisi untuk tubuh badan anda. 2 dalam 1.

Meal Shake juga hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Kalau korang perasan DS banyak kali tulis perkataan ni >> kalori<< Perasan tak? Hahaha. Kalo tak perasan sah korang baca dengan tergesa-gesa. Fokus. Fokus. Nak tambah berat minda pun kenalah fokus!

Fokus dengan hala tuju anda!

3. Vita-Lea

Vitamin yang dah berusia 100 tahun di muka bumi! Dulu dalam bentuk cecair. Vita-Lea adalah suplemen yang wajib untuk yang nak tambah berat. Sesetengah orang gelarkanya "killer product" Shaklee. Kenapa? Kerana ianya adalah multivitamin beserta iron aka zat besi yang sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Nampak tak perkataan sel. Disinilah kepentingan Vita-Lea untuk anda yang nak tambah berat. Bantu menjaga sel-sel tubuh supaya sihat. Bila sel sihat automatik badan anda pun sihat & bertenaga !!

Bila badan sihat automatik nutrisi pun diserap dengan efektif. Barulah anda dapat bantu tubuh untuk ke peringkat seterusnya.

tambah berat dengan Shaklee
The perfect multi!


Disamping itu Vita-Lea juga penting untuk fungsi-fungsi yang lain.


  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah
  • Vita-Lea membantu anda refresh kembali & bertenaga selepas berbuka. Kekal segar & bertenaga. Insha Allah.


tambah berat dengan Shaklee
Fokus! Fokus!

Ok. Itu sahaja. Next >>  Tambah berat dengan Shaklee- [part#2] - Tambah berat dgn selamat & bijak!!

  1. Info vitamin & fungsinya.
  2. FB Shaklee Malaysia.
  3. FB Diyana Sakura
  4. Bengkel Nutrisi Shaklee
HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

Wednesday, February 25, 2015

5 sebab anda perlukan Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set)

Assalamualaikum semua. Cantik, sihat dan segar hendaknya. Hari ini DS nak 'introduce' pada anda semua set penghadaman (digestive health set) yang disarankan oleh Shaklee. Rata-rata masalah dan penyakit datang dari perut.. Setuju tak? Almaklumlah. Malaysia kan kaya dengan pelbagai makanan. Masakan ala barat, china, melayu, siam, indonesia dll. Just name it. Semuanya ada kat negara kita kan. Ok tak nak merapu lebih sangat. Jom fokus pada tajuk utama.

5 sebab anda perlukan Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set).

  1. Sistem penghadaman anda kurang efisien. 
  2. Masalah sembelit.
  3. Masalah mulut berbau / badan berbau. 
  4. Masalah mengidam makanan (cravings). 
  5. Perut berangin, kembung, gastrik dll.

Set Penghadaman Shaklee
Digestive Health Set
Sistem penghadaman yang lemah petanda anda perlukan rehat.... Tapi tidak dengan Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set). Ewah. Pinjam suara Sheila Majid dlm iklan strepsil jap. Hihi.

Masalah sembelit, mulut berbau, 'cravings' perut beranginn & kembung biasa dialami oleh kebanyakkan dari kita. Jika anda mempunyai masalah seperti diatas DS sarankan untuk anda Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set). Jom cegah sebelum parah.

Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set) mengandungi 4 produk yang terdiri daripada
Peppermint-Ginger Plus, HerbLax, Alfafa Complex & ESP.

1. Peppermint-Ginger Plus.
DS suka bawa suplemen Peppermint-Ginger Plus (PGP) waktu bermusafir. Untuk kes kes loya dalam perjalanan. Ehh bukan utk DS taw. Tapi untuk org sekeliling. DS kalau bermusafir memang ok sangat. Jalan macam ular kena palu pun masih boleh baca buku. Hihihi. Five skit utk sesapa yang sama macam DS.

PGP bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi dengan rumusan empat jenis herba pilihan.

  • Jintan manis 
  • Jintan hitam 
  • Pudina (peppermint) - herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.
  • Halia (ginger) - herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.
Menariknya tablet Peppermint-Ginger Plus ini boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli. Apa rasanya? Cuba dulu baru tahu. Yang pasti selepas pengambilan PGP memang keluar angin dari badan. Antara sebab utama adalah kandungan HALIA di dalamnya. Nak bawa halia segar mentah mentah macam tak mungkin jer kan. Inilah alternatif terbaik. 10 Bintang lah utk PGP ni.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
    2. Herb-Lax™ 
    Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

    Herb-Lax™ bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

    Jangan makan Herb-Lax di siang hari melainkan anda memang sentiasa berada berhampiran dengan tandas. Kalau tak percaya try lah makan. Hihi. Kalau nak cuba atas risiko sendiri yer.

    Bagi anda yang mengahadapi masalah pembuangan air besar yang tidak konsisten pasti tersenyum. Yer lah kan. Dari membuang sekali dalam 3 hari hari pembuangan najis lebih lancar! Lancar tu macam mana. Aiyoo nak bagitahu jugak ker. Lancar tu maksudnya najis tuh tak keras dan tersekat. Sebaliknya lembut dan smooth shj keluar dari badan korang. Haa gitu.

    Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

    Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    3. Alfafa Complex
    Alfafa Complex adalah antara produk Shaklee yang mempunyai Alkali tertinggi di antara semua produk Shaklee. Jadi tidak hairanlah ramai yang sukakan prestasi Alfafa ini.

    Ada apa dengan Alfafa ini. Kalau anda semua nak tahu, kebanyakkan dari kita mempunyai badan yang berasid. Badan yang mempunyai asid yang berlebihan akan menyumbang kepada pelbagai penyakit lain. Ahaa termasuklah penyakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan. DS sertakan status FB Dr Zubaidi Hj Ahmad yang bertarikh 24 Januari.

    Seorang pesakit saya yang telah berkahwin 5 tahun akhir telah berjaya hamil, setelah meninggalkan tabiat minum air berkarbonat (air gas) selama 3 bulan.

    Alhamdulillah.

    Air bergas = TINGGI ASID + TINGGI GULA.

     Bagaimana produk ini boleh membantu sistem penghadaman? Good question.

    "Acid / alkaline Imbalance can weaken your body ORGANS and bones, and lead to variety of serious disease. In fact, most of us are "over acid" in our body."

    Perhatikan perkataan >organs< . Usus dan perut adalah sebahagian organ didalam badan yang penting untuk sistem penghadaman. Dengan kuantiti yang betul dan berterusan anda dapat bantu keadaan asid yang berlebihan didalam perut. InshaAllah. Yang penting konsisten.

    Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

    Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

    4. ESP
    Asas pembinaan sel adalah --> PROTIN

    Diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protin untuk mengekalkan kehidupan. Protin juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Nak perbaiki tisu apa? Semesti semua tisu dalam badan korang termasuklah yang berkaitan dengan sistem penghadaman (perut & usus).

    ESP membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protin berkualiti tinggi daripada tumbuhan
    Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protin soya yang lengkap, iaitu 14 gram protin soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

    Jangan terkejut kalau DS bagitahu ESP selamat utk pesakit gout. Serbuk protin soya Shaklee non GMO aka ESP keluaran Shaklee adalah tidak berasid. Semestinyalah selamat bagi pesakit gout.

    Berbanding protin daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

    • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
    • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
    • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


    Kebaikkan set penghadaman Shaklee
    Kebaikkan setiap produk yang perlu anda tahu.


    Last but not least, DS simpulkan Kebaikkan Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set) secara umumnya untuk anda semua :-

    ♥ melegakan sembelit
    ♥ meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
    ♥ menyokong kesihatan usus
    ♥ membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan
    ♥ melegakan perut yang tidak selesa.

    Sumber rujukan :
    1. Shaklee Malaysia
    2. Bengkel Nutrisi Shaklee.
    3. FB Dr. Zubaidi Hj Ahmad


    HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee serta peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM GSG.

    Wednesday, February 11, 2015

    Shaklee & Anugerah The BrandLaureate 2014-2015

    Semalam Shaklee Malaysia telah mendapat pengiktirafan "The BRANDLAUREATE Awards". Untuk kategori "Best Brands in MLM-Nutritional Suplements". Alhamdulillah & syukur. Tahniah buat semua staff Shaklee Malaysia dan SID di seluruh Malaysia.  Anugerah yang berprestij dan bertaraf dunia. Clap. Clap. Ds & team tumpang bangga dengan pencapaian ini.


    ABOUT THE BRANDLAUREATE

    Creating Waves In The World of Brands & Branding. The BrandLaureate Awards represents 
    the very best that the world of branding has to offer. The pewter trophy, plated in 24k gold and 
    adorned with the very finest swarovski crystal, signifies the success of the 
    winning brands and the pursuit of brand excellence.

    Shaklee : Best Brands in MLM - Nutritional Suplements.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    DS & team sangat berbesar hati dengan penganugerahan ini. Semoga Shaklee Malaysia terus maju. DS lampirkan mesej dari FB Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim.

    Yess!! We made it.

    Brand Laureate Award

    I'm proud to announce that Shaklee has been awarded the Brand Laureate Awards 2014-2015 for Corporate Branding - MLM. Shaklee is the only MLM company received this award.
    The winners of The BrandLaureate Awards are selected based on a 300-point selection criteria consisting of brand strategy, brand culture, integrated brand communications, brand equity and brand performance. Shaklee is the winner.

    I would like to take this opportunity to congratulate all the Shaklee families as this is our achievement and this award is belonged to everyone in Shaklee families. I'm very proud to be part of this big family. Nothing better than winning an award to kick start the year of 2015.

    As the winner of the Brand Laureate Award, we have the responsibility to help and support more Malaysians to stay in the healthier lives and live in the better lives. Let us continue to work hand in hand to bring Shaklee to the next level and continue to be the best MLM brand in Malaysia.

    "I wanted a company that would improve the lives of everyone it touched.” - quoted by Dr. Shaklee

    See you at the top.

    Best!!

    Smile!

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Nah belanja korang satu pic DS & VL. Tetiba jer kan.. Haha.. Peace & smile.

    Me & Mr President of Shaklee Malaysia, Victor Lim.

    HUBUNGI SAYA | Diyana | 013 447 0711 wa, sms | diyana1223@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan bersama saya & TEAM.

    Sunday, February 1, 2015

    Garlic Rice ala Pizza Hut.

    Assalamualaikum semua. Cantik, sihat dan segar hendaknya. Ok, ada yang suka makan 'Garlic Rice' di Pizza Hut tak atau nama penuhnya "tempura prawn garlic rice" ? Nak bagi resipi ni. Nak tak? Nak tak?

    Resipi 'Garlic Rice' ni DS reka sendiri. Berdasarkan rasa 'Garlic Rice' yang member DS sukaaaa sangat makan. Namanya Ida. Favorite DS semestinya dari pasta lah.. Fettucine carbonara. Oh ya, di Sushi King pun ada juga dihidangkan menu ni.

    DS dah cuba makan 'Garlic Rice' di Pizza Hut. Ok. Best & sedap. Memang menepati citrasa & tekak DS. Kadang-kadang rasa macam kurang garam pun yer juga. Nampak sangat dah makan berkali-kali kannn. Haha. Suka hati jer jadi pengkritik masakan orang lain. Kadang-kadang macam terlebih butter pun yer jugak. Tak puas hati punya pasal DS try buat sendiri. Yang pasti mmg rasa dia sebijik macam kat Pizza Hut tuh. Resipi ini DS cuba untuk buat se'simple' mungkin supaya lebih ramai yang boleh cuba resipi ni.

    Ini resipinya. Selamat mencuba!!


    Garlic Rice by Diyana Sakura.

    Bahan-bahan.
    1- Nasi putih (4 cawan)
    2- Mentega (2 sudu besar)
    3- Bawang putih (5 ulas dicincang)
    4- Lobak merah ( 1/2 batang saiz sederhana dihiris panjang)
    6- Sedikit garam (1/2 sudu kecil) & kiub ayam (1/8 kiub shj)

    Cara-cara.
    1- Masukkan mentega dalam kuali dan goreng bawang putih yang telah dicincang. Goreng sehingga naik bau & layu shj. Tak perlu sampai garing yer.
    2- Masukkan hirisan lobak merah dan goreng sekejap utk sebatikan shj. Api sederhana yer.
    3- Masukkan nasi dan kiub ayam. Kacau sebati dan masak sehingga keluar asap. Asap tu petanda nasi dah dimasak dengan sempurna. Tutup api dan seterusnya masukkan garam dan kacau sebati.
    Siap utk dihidangkan!!

    Semudah 1 2 3 jer kan. Garlic Rice di Pizza Hut ni rasa butter & bawang putih yg mild. Tu jerlah rasa nasi tu. Tapi.. Tapi.. Paling best sebab ada udang tempura pastu ada sayur.. Kalau rajin bolehlah pecahkan telur dan masukkan bahan-bahan lain yang korang suka.

    Tips :
    1. Make sure korang guna 'butter' yer.
    2. Jikalau suka nasi goreng dgn sedikit berminyak, boleh lebihkan butter.


    Datang mood rajin.. So meng 'love' kan lobak merah.